Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

WARGA KHEDN MENDENGAR TAKLIMAT BAHAYANYA PENYALAHGUNAAN DADAH

taklimat dadah.bmp

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Januari 2019 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Unit Sumber Manusia dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Taklimat Mengenai Tentang Bahayanya Melakukan Penyalahgunaan Dadah dan Pencegahan Mengenai Dadah bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Bandar Seri Begawan.

Tujuan taklimat diadakan adalah untuk meningkatkan dan memupuk lagi kesedaran di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. Ianya juga menjelaskan kepada pegawai dan kakitangan mengenai keperluan dan kepentingan dalam mengetahui pencegahan dadah serta hukuman yang akan dikenakan kepada warga Perkhidmatan Awam.

Taklimat disampaikan oleh Awang Haji Mohd Eddy Bin Haji Mohd Zain, Penolong Pegawai Narkotik, Jabatan Perdana Menteri.

Hadir di taklimat tersebut ialah Awang Mohamed Helmy bin Haji Jumat, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Seramai 55 orang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawah Kemeterian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Created at 01/02/2019 13:50 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 01/02/2019 13:52 by Kartini Binti Yakub