Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TINJAUAN KE KOMPLEKS PASARNEKA DAN TAMU TUTONG

IMG_1018.JPG

TUTONG, Khamis, 31 Januari 2019 Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah membuat tinjauan ke Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong hari ini bertujuan untuk melihat keadaan tamu dan menyaksikan sendiri bagaimana perniagaan-perniagaan dijalankan, melihat prasarana yang disediakan di samping mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh penjaja.

Dengan lawatan ini juga akan dapat memastikan sejauh mana perkara-perkara yang ditimbulkan semasa Majlis Dialog Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara dapat diteliti, dinilai semula dan melihat sejauh mana keselesaan perniagaan dari segi pandangan penjaja-penjaja.

Yang Berhormat Pehin berharap lawatan seperti ini akan sentiasa dipantau dan diikuti seterusnya oleh ahli lembaga bandaran dari semasa ke semasa untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan para penaja di tamu tersebut.

Hadir sama di lawatan tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Derah Tutong dan Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong.

Created at 02/02/2019 12:30 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 02/02/2019 12:45 by Kartini Binti Yakub