Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

BUKU PANDUAN PRODUK 1K1P DAERAH TUTONG DILANCARKAN

IMG_1114.JPG

TUTONG, Khamis, 31 Januari 2019 – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan Buku Panduan Produk 1K1P Daerah Tutong bertempat di Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong, Jalan Enchi Awang, Pekan Tutong.  

Penerbitan Buku Panduan ini adalah merupakan usaha berterusan Jabatan Daerah Tutong dengan kerjasama Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong dalam mengembang-majukan produk-produk 1K1P di daerah tersebut.

Dengan adanya Buku Panduan ini akan dapat memantap dan memperluaskan lagi promosi pemasaran produk-produk 1K1P Daerah Tutong dan seterusnya membantu mengembang-majukan industri ini ke arah yang lebih produktif dan berdaya tahan. Buku panduan ini diharap akan mewujudkan rangkaian niaga dan peluang-peluang perniagaan yang lebih mencabar melalui perhubungan terus di antara para pengusaha dan syarikat-syarikat tempatan yang berhasrat untuk membeli produk-produk-produk secara borong atau jangka panjang.

Hadir di majlis tersebut ialah Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali, Ahli Jawatankuasa Pandu 1K1P Peringkat Kebangsaan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Pegawai Daerah, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, pengusaha-pengusaha produk Satu Kampung Satu Produk.

Created at 04/02/2019 12:16 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 04/02/2019 12:16 by Kartini Binti Yakub