Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sekali lagi mengadakan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bertempat di Lobi Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di Bandar Seri Begawan.
Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya dan juga orang awam ikut serta menderma darah di kempen tersebut yang bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.
Program tanggungjawab sosial korporat ini bertujuan untuk membantu menambah simpanan tabung darah Hospital RIPAS dan sebagai usaha bagi memupuk kesedaran kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan KHEDN dan Jabatan-Jabatannya tentang pentingnya menderma darah kepada mereka yang sangat memerlukan.
Kempen derma darah pada hari ini adalah kali yang ketiga diadakan di kementerian ini.

