Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KURSUS INDUKSI ASEAN-ERAT

WhatsApp Image 2019-04-09 at 11.30.26 AM.jpeg

Bandar Seri Begawan, 8 April 2019 – Majlis Perasmian Kursus Induksi Pasukan Tindak Balas dan Penilaian Kecemasan ASEAN (ASEAN-ERAT) Ke Sebelas atau the 11th ASEAN-Emergency Response and Assessment Team (ASEAN-ERAT) Induction Course anjuran Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ini merupakan yang julung kali diadakan di negara ini selaku tuan rumah dengan kerjasama ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre).

Majlis Perasmian Kursus Induksi ASEAN-ERAT tersebut telah dirasmikan oleh Yang Mulia Awg Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Tetamu Kehormat Majlis.

Tujuan Kursus Induksi ASEAN-ERAT ini diadakan adalah bagi melatih warga ASEAN dalam menyokong negara-negara anggota ASEAN yang terjejas semasa bencana banjir besar. Selain itu, ianya bertujuan untuk menyediakan responden serantau dan sumber dalam negeri, dengan pengalaman dalam pengurusan kecemasan dan koordinasi akan dapat membantu mengurangkan kesan potensi bencana serta tindak balas yang cepat. Sehingga kini, seramai 274 responden yang telah direkodkan sebagai aktif selaku Ahli ASEAN-ERAT.

Kejayaan Kursus Induksi ASEAN-ERAT baru-baru ini telah dapat dilihat pada bulan Oktober 2018 apabila gempa bumi dan tsunami yang melanda di Sulawesi Tengah, Indonesia. Dua puluh empat anggota ASEAN-ERAT telah dikerahkan untuk menyokong respons kecemasan dan penyelarasan. Pengerahan anggota ASEAN-ERAT telah menunjukkan komitmen untuk menyokong pelaksanaan Deklarasi ASEAN mengenai 'One ASEAN, One Response' yang bertujuan bagi meningkatkan kepantasan, skala dan solidaritas ASEAN terhadap respon bencana.

Kursus Induksi ASEAN-ERAT kali ini akan berlangsung selama 8 hari bermula dari 8 hingga 15 April 2019 yang melibatkan penyertaan dari Negara Brunei Darussalam, negara anggota ASEAN, AHA Centre dan ASEAN Sekretariat dengan jumlah penyertaan peserta seramai 30 orang.

Sepanjang Kursus Induksi ASEAN-ERAT, para peserta dijangka meningkatkan pemahaman mereka tentang mekanisme dan prosedur ASEAN dalam pengurusan bencana dan tindak balas kecemasan, mengkaji fungsi ASEAN-ERAT dan metodologinya, dan menerapkan apa yang telah dipelajari dengan menjalani latihan simulasi.

Para peserta dalam Kursus Induksi ini mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan kecemasan dan koordinasi di rantau ini dan mereka berpeluang untuk berkongsi pengalaman mereka, mengenal pasti amalan terbaik dan belajar dari satu sama lain.

Created at 12/04/2019 18:29 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 12/04/2019 18:29 by Kartini Binti Yakub