Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG BERSERTA ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA TAHUN 1440H/2019M BAGI DAERAH TUTONG.

WhatsApp Image 2019-05-14 at 8.13.41 PM.jpeg

TUTONG, 14 Mei 2019 - Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya Tahun 1440H/2019M bagi Daerah Tutong telah diadakan pada hari Selasa, 8 Ramadhan 1440 bersamaan 14 Mei 2019 di Masjid Kampong Keriam, Tutong.

Hadir mengetuai rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis Tadarus Al-Quran tersebut juga diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Keriam.

Seterusnya rombongan juga mengadakan majlis bersungkai bersama penduduk Kampong Keriam dan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya  merupakan salah satu program kementerian bagi mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara pihak kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk-penduduk mukim dan kampung di Daerah Tutong. Disamping itu, ianya juga adalah merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan kementerian dalam meraih kemanfaatan dan pahala di bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Rombongan seterusnya akan berkunjung ke Masjid Kampong Sungai Liang, Daerah Belait pada hari Khamis, 16 Mei dan diakhiri di Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lambak Kiri, Daerah Brunei Muara pada hari Sabtu, 18 Mei.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Keriam serta masyarakat kampung.  

                 WhatsApp Image 2019-05-14 at 8.13.42 PM (1).jpeg

                 

Created at 15/05/2019 09:01 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi
Last modified at 15/05/2019 09:01 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi