Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LARIAN BANDAR 2019 SEMPENA SAMBUTAN MEMPERINGATI HARI ULANG TAHUN PENUKARAN NAMA BANDAR BRUNEI KEPADA BANDAR SERI BEGAWAN KALI KE-49 TAHUN 2019

WhatsApp Image 2019-10-28 at 3.22.12 PM.jpeg

​BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Oktober 2019 - Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah mengadakan Larian Bandar 2019 Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan kali ke-49 Tahun 2019 pada hari Ahad, 28 Safar 1441 bersamaan 27 Oktober 2019 bermula jam 6.30 pagi. Bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku Tetamu Kehormat bagi melancarkan pelepasan acara Larian Bandar 2019 Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Kali Ke-49 tahun.

Acara Larian Bandar 2019 ini merupakan salah satu acara bagi memeriahkan Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Kali Ke-49 Tahun yang dianjurkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dengan kerjasama syarikat swasta. Di samping itu memberi peluang kepada orang ramai terutama sekali warga bandar membuat aktiviti sihat. Antara lain tujuan larian ini juga bagi mengutip sumbangan derma bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim.

Acara dimulakan dengan senaman pemanasan badan. Pelepasan larian dilancarkan oleh Tetamu Kehormat,  Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk kedua-dua kategori.

Larian ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori 'fun run' lelaki dan perempuan sejauh 3km dan kategori perlumbaan bagi lelaki dan perempuan sejauh 10km. Laluan bagi larian ini bermula dari Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dan seterusnya menggunakan jalan-jalan yang ditutup semasa Bandarku Ceria.

Acara berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota    Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Yang Mulia Dr. Nor Imtihan Binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang larian 10km.

Hadir sama ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Ketua-ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya, pihak-pihak swasta serta orang ramai.

Created at 29/10/2019 11:18 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 29/10/2019 11:18 by Kartini Binti Yakub