BANDAR SERI BEGAWAN, 03 November - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengikuti Pameran Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2019 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang menyertai pameran ialah Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Buruh dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Objektif pameran adalah untuk mendidik dan meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai fungsi, peranan dan aktiviti kementerian-kementerian khususnya berkenaan tugas-tugas dan tanggungjawab yang berkaitan secara langsung dengan orang ramai.