Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN - ROK mengenai Bandar Pintar

Smart City Minister Group Photo.jpg

​BUSAN, REPUBLIK KOREA (ROK), 25 November – Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mewakili Negara Brunei Darussalam di Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN - ROK mengenai Bandaraya Pintar (The ASEAN – ROK Ministerial Meeting on Smart City) pada 25 November 2019. 

Mesyuarat tersebut telah diadakan sebagai acara sampingan bersempena dengan acara ASEAN-ROK Commemorative Summit di Busan, Republik Korea. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Yang Terutama Kim Hyun Mee, Minister of Land, Infrastructure and Transport (MOLIT), Republik Korea. 

Antara perkara-perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat tersebut adalah mengenai dengan peluang-peluang kerjasama berkenaan dengan pembangunan bandaraya mampan dan bandaraya pintar dan juga kemajuan teknologi dalam bidang-bidang seperti smart urban development, smart housing, smart safety, smart mobility and smart water bagi mencapai kualiti hidup yang lebih baik serta bagi menangani isu-isu yang ditimbulkan dari urbanisasi yang pesat di dalam Negara-Negara ASEAN dan Republik Korea. 

Turut menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN-ROK Mengenai Bandar Pintar ini ialah Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Karim, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Ali bin Matyassin, Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. 

Secara berasingan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi berserta rombongan juga telah berkesempatan membuat kunjungan hormat kepada rakan sejawatnya Minister of Land, Infrastructure and Transport (MOLIT), Republik Korea, Puan Yang Terutama Kim Hyun Mee, untuk bertukar-tukar fikiran berkaitan dengan inisiatif bandaraya pintar, pengangkutan dan isu-isu yang berkepentingan disamping bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala diantara kedua buah negara.

Created at 26/11/2019 16:13 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 27/11/2019 14:21 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad