Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

BENGKEL PENGUKUHAN KEPIMPINAN PENGHULU MUKIM, PEMANGKU PENGHULU MUKIM, KETUA KAMPUNG DAN PEMANGKU KETUA KAMPUNG

WhatsApp Image 2020-01-13 at 9.33.48 PM.jpeg

Bandar Seri Begawan, Khamis, 9 Januari 2020 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Perasmian Bengkel Pengukuhan Kepimpinan Bagi Penghulu Mukim, Pemangku Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung yang diadakan di Insitut Perkhidmatan Awam hari ini. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat dibacakan oleh Awang Haji Zaini bin Salleh, Pemangku Ketua Kampong Pulau Baru-Baru, Sungai Bunga dan Tanjong Kindana dan seterusnya ucapan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (sila rujuk ucapan). 

Bengkel ini diharapkan akan membantu Penghulu Mukim dan Ketua Kampung bagi Meningkatkan semangat dan motivasi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dalam melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin akar umbi yang sentiasa terdedah dalam berbagai keadaan dan cabaran tanpa mengira waktu dan masa; Meningkatkan dan menekankan ciri-ciri kewibawaan dan daya kepimpinan yang tinggi serta mempunyai nilai-bilai dan etika kerja yang murni dan Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman yang luas dari aspek pengendalian anak-anak buah mukim dan kampung dan seterusnya bergiat aktif untuk membuat perancangan dan pelaksanaan mengenai hal ehwal kemasyarakatan.

Pengisian bengkel termasuk taklimat mengenai kepimpinan akar umbi termasuk komunikasi berkesan, Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung 2013, Perintah-Perintah Am, Peraturan Kewangan dan juga taklimat yang disampaikan oleh beberapa agensi kerajaan yang lain.  

Bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ini diadakan selama dua hari dan dihadiri oleh Penghulu-penghulu Mukim, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua kampung, dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung di seluruh negara. 

Majlis pada pagi ini dihadiri oleh Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (Bandaran dan Daerah), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), pegawai-pegawai Daerah, dan Pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Created at 13/01/2020 21:34 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 13/01/2020 21:34 by Kartini Binti Yakub