Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KAEDAH PERNIAGAAN SECARA DRIVE-THRU

Siaran Akhbar 28042020 Kaedah Perniagaan Secara Drive thru-1.jpg

1. Sukacita merujuk pengumuman Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di Sidang Media mengenai peniadaan gerai-gerai Ramadan di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Daerah, Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan Belia dan Sukan pada 6 April 2020. Dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan berasaskan kepada perbincangan dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan atas nasihat Kementerian Kesihatan bahawa bagi memudahkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa di sepanjang bulan Ramadan, satu konsep perniagaan telah diperkenalkan iaitu berasaskan secara tempahan awal (pre-order) dan pickup secara drive-thru.

2. Lokasi bagi perniagaan ini akan diadakan di beberapa lokasi di kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan ianya hanya dibukakan kepada peniaga-peniaga yang akan menggunakan food truck.

3. Mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan perniagaan secara drive-thru bolehlah menghubungi Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

4. Mana-mana peniaga yang berniaga di premis-premis perniagaan di bawah kawalan Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran yang juga berhasrat untuk menyertai kaedah perniagaan secara drive-thru di premis perniagaan mereka bolehlah memohon melalui Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran. Penilaian akan dibuat berasaskan kepada beberapa perkara termasuk aspek keselamatan.

5. Tarikh perlaksanaan bagi perniagaan kaedah drive-thru di kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah akan bermula pada hari Jumaat, 01hb Mei 2020.

-TAMAT-

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 
Negara Brunei Darussalam

04 Ramadan 1441H / 28 April 2020M


Created at 29/04/2020 09:27 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 29/04/2020 09:27 by Kartini Binti Yakub