Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENURUNAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-74

WhatsApp Image 2020-07-22 at 6.59.01 PM.jpeg

1.Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 telah diadakan pada hari Rabu, 30 Zulkaedah 1441H bersamaan 22 Julai 2020M bertempat di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

2.Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan upacara tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 bagi Tahun 2020.

3.Pasukan Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam terdiri daripada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei telah bersiap sedia bergerak masuk.

4.Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Syafiq bin Haji Osman, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

5.Seterusnya Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam "Allah Peliharakan Sultan".

6.Sejurus selepas itu, Bendera Besar Negara Brunei Darussalam diturunkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Brunei dan diserahkan kepada Tetamu Kehormat Majlis. Doa Selamat lalu dibacakan sebagai penutup upacara tersebut.

7.Hadir sama di upacara tersebut ialah Setiausaha Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 bagi Tahun 2020.

8.Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera di premis-premis kerajaan dan swasta serta rumah-rumah kediaman semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam

30 Zulkaedah 1441H / 22 Julai 2020M

Created at 23/07/2020 08:55 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 23/07/2020 09:06 by Kartini Binti Yakub