Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TARAF KERAKYATAN KALI KE-33

IMG_6426.JPG

Pusat Persidangan Antarabangsa, 05 Oktober - Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-33 diadakan selama dua hari iaitu pada Hari Isnin, 17 Safar 1442H bersamaan 05 Oktober 2020M dan Hari Selasa, 18 Safar 1442H bersamaan 06 Oktober 2020M bertempat di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu Dayang Liza Suriani binti Haji Ibrahim, Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Majlis diteruskan dengan Ucapan daripada Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Melalui majlis kali ini, seramai 389 orang permohon telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seterusnya menerima sijil taraf kerakyatan Negara ini iaitu 194 orang pada hari ini, 5 Oktober 2020 dan 195 orang pada hari Selasa, 6 Oktober 2020.

Mereka akan menerima sijil taraf kerakyatan mereka masing-masing di bawah Bab 6 (1) yang terdiri daripada anak-anak kepada ibu warganegara Brunei, bapa warganegara Brunei dan anak-anak angkat kepada ibu bapa angkat warganegara Brunei dan juga di bawah Bab 5(6) dari Akta Taraf Kebangsaan Brunei, Penggal 15.

Adapun Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan ini semata-mata bertujuan bagi mengalu-alukan dan seterusnya sebagai tanda penghargaan di atas pengiktirafan kepada penerima-penerima Sijil Taraf Kerakyatan yang telah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku rakyat Baginda.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.


IMG_6451.JPG IMG_6518.JPG IMG_6360.JPG

Created at 06/10/2020 16:53 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 06/10/2020 16:53 by Hasrom Haji Mohammad Husain