Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT PERINTAH-PERINTAH AM DAN PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BAGI JABATAN BURUH DAN JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

IMG_7123.JPG

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini menganjurkan satu sesi taklimat Perintah-Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bertempat di Dewan Tripartite, Jabatan Buruh.

Taklimat ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rizal bin Haji Zainal Abidin, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Perkhidmatan Korporat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam melalui taklimat yang berterusan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya dan memberikan pengetahuan dan kefahaman tentang Perintah-Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan (GO) 1961 – Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal B (Tatatertib).

Lebih kurang seramai 50 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menghadiri taklimat berkenaan.

 IMG_7151.JPG  IMG_7127.JPG IMG_7144.JPG
Created at 15/10/2020 13:53 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 15/10/2020 13:53 by Hasrom Haji Mohammad Husain