Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PERLANCARAN GERAI HARI KEBANGSAAN KE-37 TAHUN 2021

Gambar 26 Februari 2021 Majlis Pelancaran Gerai Hari Kebangsaan 2021 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kebangsaan Ke-37-24.jpg

Juma'at, 26 Februari 2021 - Jam 8.00 malam bertempat di Kawasan Letak Kereta di Jalan Bendahara, Berhadapan Muzium Alat-Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan, telah berlangsungnya Majlis Perlancaran Gerai Hari Kebangsaan 2021 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kebangsaan yang Ke-37 Tahun, Tahun 2021.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Amran Bin Haji Maidin, Pemangku Ketua Kampong Kasat dan kemudian Tetamu Kehormat merasmikan perlancaran gerai Hari Kebangsaan ke-37 dan seterusnya membuat lawatan serta petak jualan yang telah diadakan bermula pada 26hb Februari 2021 hingga 07hb Mac 2021 mulai jam 5.00 petang hingga 10.00 malam sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-37.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha-Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Setiausaha-Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Pengarah-Pengarah serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Gambar 26 Februari 2021 Majlis Pelancaran Gerai Hari Kebangsaan 2021 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kebangsaan Ke-37-30.jpg Gambar 26 Februari 2021 Majlis Pelancaran Gerai Hari Kebangsaan 2021 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kebangsaan Ke-37-54.jpg Gambar 26 Februari 2021 Majlis Pelancaran Gerai Hari Kebangsaan 2021 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kebangsaan Ke-37-55.jpg
Created at 02/03/2021 11:42 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 02/03/2021 11:44 by Hasrom Haji Mohammad Husain