Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Isnin, 16 Januari 2017 - MAJLIS PERJUMPAAN YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI BERSAMA DENGAN PENGHULU-PENGHULU MUKIM, KETUA-KETUA KAMPUNG DAN KETUA-KETUA RUMAH PANJANG BERKENAAN DENGAN PERLANTIKAN WAKIL-WAKIL DAERAH DARI KALANGAN PENGHULU MUKIM

Perjumpaan YB bersama PEKERUPA 2017.JPG

Bandar Seri Begawan, Isnin, 16 Januari 2017. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong,  telah membuat satu perjumpaan bersama penguhulu-penghulu Mukim serta Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang dalam satu perjumpaan yang diadakan pada petang tadi di Dewan Baquet, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Bangunan Dewan Majlis di ibu Negara.

 

Perjumpaan tersebut telah melibatkan semua penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta ketua-ketua rumah panjang di ke empat-empat Daerah di seluruh Negara. Perjumpaan tersebut dibuat bagi memberigakan Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Perlantikan Daerah-Daerah yang telah berkuatkuasa mulai Jumaat, 15 Rabiulakhir 1438 bersamaan 13 Januari 2017 yang lalu. Seramai 10 Orang Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi perlantikan Daerah-Daerah telah dilantik yang mana 5 perlantikan dari Daerah Brunei Muara, 2 Perlantikan bagi Daerah Belait dan juga Daerah Tutong dan 1 perlantikan dari Daerah Temburong.  Didalam perjumpaan tersebut juga telah dihuraikan tugas-tugas dan tanggungjawab bagi setiap Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah-Daerah yang telah dilantik dalam mengurus tadbir zon-zon masing-masing.

 

Turut Hadir di acara tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian tersebut.

Created at 09/02/2017 15:12 by Noor Hidayatun Na'imah Binti Hj Amir Hidayat
Last modified at 09/02/2017 15:59 by Noor Hidayatun Na'imah Binti Hj Amir Hidayat