Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERASMIAN ACARA TAMU GAYOH ANJURAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM BUKIT SAWAT DENGAN KERJASAMA JABATAN DAERAH BELAIT

IMG_8253.JPG

Ahad, 28 Mac 2021 – Majlis Perundingan Mukim Bukit Sawat telah mengadakan Tamu Gayoh yang bertempat di Taman Rekreasi Kampung Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat. Tetamu Kehormat merasmikan Tamu Gayoh tersebut ialah Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Tamu Gayoh ini bertujuan untuk memberikan lagi peluang kepada penduduk kampung meningkatkan lagi perekonomian mereka dalam menyertai acara jualan. Ianya juga bertujuan mengenalkan lagi nama Kampung Sungai Mau dan Mukim Bukit Sawat supaya lebih dikenali ramai bukan sahaja di Daerah Belait akan tetapi dikenali diseluruh Negara Brunei Darussalam.

Tetamu Kehormat berkesudian menyertai acara Manauthon (walkathon) dan turut melawat ke gerai-gerai yang menyertai jualan serta gerai Satu Kampung Satu Produk. Yang Berhormat Pehin juga melancarkan Satu Kampung Satu Produk bagi Kampung Labi 1 iaitu Wajid Ubi Kayu.

Pada acara tersebut juga Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga turut menyampaikan sumbangan ehsan kepada warga emas di Mukim Bukit Sawat yang disumbangkan oleh Syarikat Asia Enterprise.

Hadir sama pada acara tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu Mukim Bukit Sawat serta Ketua-Ketua Kampung di Mukim Bukit Sawat, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Belait dan juga Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Bukit Sawat.

Dengan adanya acara ini dapatlah lagi mempereratkan lagi hubungan antara masyarakat di kampung tersebut dengan pengunjung-pengunjung yang hadir.


IMG_8187.JPG IMG_8197.JPG IMG_8303.JPG

Created at 28/03/2021 17:24 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 28/03/2021 17:24 by Hasrom Haji Mohammad Husain