Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Selasa, 17 Januari 2017 - MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-71 TAHUN BAGI TAHUN 2017

Mesyuarat Pertama Perayaan 71 Tahun 2017.JPG

Bandar Seri Begawan, Selasa, 17 Januari 2017. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Tahun bagi tahun 2017 yang berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri di Bandar Seri Begawan.

Mesyuarat pertama ini adalah bagi membincangkan ketetapan tarikh acara-acara utama dan pengendalian acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-71 tahun. Diantara agenda-agenda permesyuaratan yang dibincangkan ialah Laporan Post Mortem Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan tahun lepas; Majlis Kesyukuran; Istiadat Perbarisan Kehormatan; Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bagi Majlis Ramah Mesra Dan Junjung Ziarah Ke Daerah-Daerah; Majlis Ilmu dan Pameran; Pembinaan dan pemasangan alat-alat perhiasan dan kelengkapan seperti pintu-pintu gerbang, lampu-lampu cucul dan perhiasan dan kain rentang dan vertical banner. Mesyuarat juga mendengarkan laporan-laporan dan cadangan-cadangan bagi acara-acara yang akan diadakan sepanjang tempoh perayaan itu nanti.

Mesyuarat juga dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria serta ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Tahun bagi tahun 2017.

Created at 09/02/2017 15:30 by Noor Hidayatun Na'imah Binti Hj Amir Hidayat
Last modified at 09/02/2017 15:58 by Noor Hidayatun Na'imah Binti Hj Amir Hidayat