Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENURUNAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-75

IMG_5679.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Ogos - Setelah berkibar megah di ruang angkasa Bandar Seri Begawan sejak 1 Julai 2021, Bendera Besar Negara Brunei Darussalam hari ini diturunkan di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera di premis-premis kerajaan dan swasta serta rumah-rumah kediaman semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang ke-75.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan upacara tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama .

Upacara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Khairul Ariffin bin Haji Yusof, Imam Tingkat I, Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien dan kemudiannya diikuti dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam "Allah Peliharakan Sultan". 

Sejurus selepas itu, Bendera Besar Negara Brunei Darussalam diturunkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Brunei. Bendera tersebut kemudiannya diserahkan kepada Tetamu Kehormat Majlis. Doa Selamat lalu dibacakan sebagai penutup upacara tersebut.

Hadir sama di upacara tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) dan Yang Mulia  Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah)  selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Upacara Pengibaran dan Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi tahun 2021 serta pegawai-pegawai Kerajaan dan swasta.
IMG_5695.JPG
IMG_5703.JPGIMG_5655.JPG
Created at 05/08/2021 09:14 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 07/08/2021 09:57 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong