Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PENYAMBUNGAN PERKHIDMATAN SETELAH TAMAT KONTRAK DAN PELANJUTAN PAS KERJA

​.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pandu COVID-19 setelah meneliti akan impak penularan wabak COVID-19 terhadap ekonomi termasuklah jua pada mendukung Pelan Pemulihan Kebangsaan COVID-19, maka penyambungan perkhidmatan setelah tamat kontrak dan pelanjutan Pas kerja termasuklah jua proses balik pekerja-pekerja asing adalah seperti berikut:-

i.       Pekerja asing yang berada di Negara Brunei Darussalam tanpa Lesen Pekerja Asing (LPA) yang sah dikehendaki untuk balik ke negara asal; 

ii.     Pekerja asing yang berada di Negara Brunei Darussalam di bawah Lesen Pekerja Asing (LPA) yang sah yang mana kontraknya telah tamat dan ia berhasrat untuk balik ke negara asal, dibenarkan balik dalam tempoh masa 12 bulan dari sekarang. Ini adalah kerana mengambilkira keadaan pandemik COVID-19 yang telah berlaku sejak awal tahun 2020 hingga sekarang yang menghalang kelancaran proses balik pekerja asing ke negara asal; 

iii.    Pekerja asing yang berada di Negara Brunei Darussalam di bawah Lesen Pekerja Asing (LPA) yang sah yang mana kontraknya telah tamat tetapi ia masih diperlukan bekerja di negara ini dan ia berkesanggupan untuk terus bekerja, adalah dipertimbangkan untuk bekerja di bawah kontrak baru bagi tempoh dua tahun lagi atas persetujuan majikan dan pekerja; 

iv.   Di antara syarat-syarat UTAMA yang diperlukan bagi majikan yang memohon pertimbangan untuk pekerja balik secara berfasa (staggered) adalah berikut ;

  1. Surat dari majikan secara bertulis bagi menunjukkan perancangan dalam memastikan pekerja-pekerja untuk balik bercuti secara berfasa (Business Continuity Plan) ;
     
  2. Pekerja asing dan majikan bersetuju untuk balik secara berfasa (staggered);
     
  3. Pas kerja adalah sah dalam tempoh perancangan tersebut dibuat;

v.    Di antara syarat-syarat UTAMA yang diperlukan bagi majikan yang  memohon untuk pekerja-pekerja asing yang belum berhasrat untuk belum balik bercuti walaupun telah tamat kontrak perkhidmatan adalah berikut ;

  1. Masih ada keperluan untuk perkhidmatan pekerja asing oleh majikan;
     
  2. Pekerja asing bersetuju untuk belum balik bercuti dan hendaklah  menandatangani surat perjanjian dengan majikan;
     
  3. Jika tempoh permohonan penyambungan tidak melebihi enam (6) bulan, hendaklah mempunyai bukti penyambungan kontrak;
     
  4. Jika tempoh permohonan penyambungan adalah melebihi enam (6) bulan dan ke atas, kontrak baru hendaklah ditandatangani tertakluk kepada sokongan regulators.

    dan syarat-syarat TAMBAHAN adalah seperti berikut iaitu;
  1. Mempunyai Lesen Pekerja Asing (LPA) yang sah ;
  2. Mempunyai Rekod Kesihatan yang  sah ;
  3.  Mempunyai Insuran yang  masih sah ;
  4.  Pertimbangan Re-entry Visa akan diberikan jika Lesen Pekerja Asing (LPA) atau Pas kerja adalah masih sah semasa tarikh kemasukan semula nanti. 

vi.   Para majikan diperingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan dan garispandu bagi pengambilan pekerja asing yang digariskan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan Buruh, dan tindakan undang-undang akan dikenakan jika gagal mematuhi Akta dan Peraturan-Peraturan yang ada.

vii.  Kemasukan mana-mana pekerja asing ke Negara Brunei Darussalam adalah dikehendaki untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan  dari masa ke semasa seperti pre-departure PCR test tidak kurang 48 jam sebelum bertolak dari negara asal, ujian ulangan apabila tiba di Negara Brunei Darussalam dan menjalani kurantin pada tempat-tempat yang telah ditetapkan.

viii. Sebarang maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, orang ramai atau majikan bolehlah menghubungi pihak Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan melalui hotline WhatsApp 7299551 atau emel kepada info@immigration.gov.bn dan laman sesawang www.immigration.gov.bn dan bagi pihak Jabatan Buruh melalui hotline 8363244 atau emel kepada info.buruh@buruh.gov.bn.

Created at 24/12/2021 10:34 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 24/12/2021 10:36 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong