Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SIARAN AKHBAR GARIS PANDU BERKAITAN DENGAN ACARA-ACARA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2022

​.

Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jawatankuasa Pandu COVID-19 sukacita ingin memaklumkan mengenai garis panduan berkaitan dengan acara-acara sempena Sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2022, seperti berikut:

1.1 Jika Sambutan Tahun Baru Cina diadakan di dewan maka, had kapasiti adalah pada kadar 75% daripada jumlah kapasiti penuh dewan pada satu masa ataupun maksima 300 orang (yang mana lebih rendah) iaitu mengikut had yang ditetapkan semasa Fasa Awal Endemik dengan tempoh tidak melebihi dua (2) jam. Pelaksanaan sambutan hendaklah mematuhi langkah-langkah pengawalan COVID19 di bawah Garis Panduan Perkumpulan Ramai semasa Fasa Awal Endemik yang dilaksanakan pada masa ini. 

1.2 Jika acara diadakan di rumah persendirian, ahli keluarga terdekat sahaja dapat meraikan acara berkenaan di rumah persendirian, di mana perhimpunan hendaklah dihadkan kepada tidak melebihi daripada 30 orang tetamu dalam satu masa. 

1.3 Acara Lion Dance adalah dibenarkan bagi ahli rumah berkenaan sahaja secara peribadi (dengan tidak mengundang ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan yang bukan tinggal serumah). Dalam pada itu, langkah-langkah kawalan COVID-19 perlu dipatuhi semasa acara tersebut diadakan seperti berikut:-

• Semua dewan/rumah mesti mendaftar untuk mendapatkan Kod QR BruHealth.

 • Hanya individu yang telah diberikan vaksin penuh dibenarkan hadir dan dikehendaki menjalani ujian ART di rumah kediaman masing-masing sebelum memasuki atau menghadiri acara tersebut. 

• Penggunaan Aplikasi BruHealth dimestikan. 

• Hidangan makanan dan minuman dibenarkan tetapi dalam bentuk makanan pek atau dihidang dalam dome warmers.

 • Pemakaian sungkup muka dimestikan kecuali semasa makan dan minum. • Penjarakan fizikal dimestikan. 

Dalam pada itu juga, dikongsikan beberapa garis panduan khusus bagi Lion Dance yang boleh diadakan seperti berikut:- 

i. Di perkarangan kawasan rumah-rumah kediaman Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengelola Sekolah, Penasihat-Penasihat dan orang-orang tertentu dalam masyarakat Tiong Hua; 

ii. Di kawasan tokong-tokong (tepikong); 

iii. Di dewan-dewan sekolah, dewan-dewan tertutup termasuk dewan persatuan;

 iv. Acara Lion Dance adalah tidak dibenarkan di tempat-tempat awam seperti hotel, restoran, kedai dan gedung perniagaan; dan 

v. Bagi acara Lion Dance yang diadakan di tokong-tokong (tepikong), dewan-dewan sekolah atau dewan tertutup, ianya boleh diadakan dengan berpandukan kepada Garis Panduan Bagi Gereja dan Tokong (tepikong) semasa Fasa Awal Endemik iaitu had 75% daripada jumlah kapasiti tokongtokong (tepikong), dewan-dewan sekolah dan dewan-dewan tertutup berkenaan.

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan melalui talian 2223225 ext 335 atau emel kepada laman sesawang hiburan.awam@moha.gov.bn.

Created at 11/01/2022 08:42 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 11/01/2022 08:42 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong