1. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dengan ini memaklumkan bahawa pada masa ini Sistem Pendaftaran Kad Pengenalan yang lama adalah dalam fasa peralihan untuk di naik taraf kepada sistem baru yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
2. Sehubungan dengan itu, permohonan penggantian Kad Pengenalan Kuning dan Ungu adalah diberhentikan buat sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Oleh itu, Kad Pengenalan yang belum diperbaharui dan sudah mansuh adalah masih boleh digunakan untuk urusan-urusan tertentu.
3. Walaubagaimanapun, pendaftaran adalah masih dibukakan kepada mereka yang mencapai umur 12 tahun bagi warganegara Brunei dan Penduduk Tetap serta Kad Pengenalan yang hilang atau rosak.
4. Bagi Pendaftaran baru dan membaharui bagi Kad Pengenalan Hijau adalah masih berjalan seperti biasa.
5. Untuk sebarang makiumat lanjut dan pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi talian atau melalui email seperti berikut;
5.1 Talian pertanyaan:
Ibu Pejabat dan Cawangan Temburong
| 7299550, 7299586 (WhatsApp)
|
Cawangan Kuala Belait
| 7299597 (WhatsApp)
|
Cawangan Tutong
| 4221251 (waktu pejabat)
|
5.2 Emel perhubungan awam: info@immigration.gov.bn
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh: 20 Zulkaedah 1443H bersamaan 20 Jun 2022M
Rujukan: IMM/PPA/PRO/13/Pt 2