Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA PENURUNAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-76 BAGI TAHUN 2022

IMG_8716.JPG

Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena      Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 bagi Tahun 2022 telah diadakan pada hari Ahad, 02 haribulan Muharram 1444 bersamaan dengan 31 haribulan Julai 2022 bertempat di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan dan telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri di Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri.

Hadir di Upacara tersebut ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 bagi Tahun 2022 yang terdiri daripada Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pihak swasta.

Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera peribadi bagi Pengiran-Pengiran dan mereka yang dikurniakan gelaran; dan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi orang ramai dan juga termasuk di bangunan-bangunan dan premis-premis perniagaan.

IMG_8664.JPGIMG_8668.JPGIMG_8706.JPG

Created at 01/08/2022 08:51 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 01/08/2022 08:59 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong