Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN 76 KALI KHATAM AHLI-AHLI MPK, PENUNTUT-PENUNTUT SEKOLAH DAN INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SELURUH NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN

PB INFODEPT02-0077.jpg

  1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Qur'an 76 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-76 Tahun Bagi Tahun 2022 pada hari Khamis, 20 haribulan Muharram 1444 bersamaan dengan 18  haribulan Ogos 2022 bertempat di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

     
  2. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta Kerabat Diraja dijunjung oleh Yang Amat Mulia Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Amat Mulia Grand Chamberlain, Penasihat-Penasihat Bersama, Pengerusi-Pengerusi Bersama dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Khatam Al-Qur'an 76 Kali Khatam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76, berserta isteri masing-masing.

     
  3. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Majlis diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Qur'an beramai-ramai oleh 1,708 orang peserta Khatam Al-Qur'an Lelaki Dewasa, Wanita Dewasa, Belia, Beliawanis, dan Kanak-Kanak Lelaki dan Perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah serta Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.

     
  4. Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan takhtim dan tahlil oleh pegawai-pegawai dan guru-guru ugama Jabatan Pengajian Islam dan Jabatan Hal Ehwal Masjid diikuti dengan bacaan Doa Khatam oleh peserta khatam Al-Quran, Yang Mulia Muhammad Hasif Hasbullah bin Mohamad Sahrul, Skim Tilawah Al-Quran Remaja, Jabatan Pengajian Islam.

     
  5. Majlis di akhiri dengan Dikir Marhaban oleh Pegawai-Pegawai Masjid dari Jabatan Hal Ehwal Masjid serta pegawai-pegawai dan guru-guru ugama perempuan dari Jabatan Pengajian Islam. Bagi memohon keberkatan, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

     
  6. Peserta-peserta Khatam Al-Qur'an seramai 1,708 orang adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di keempat-empat daerah seluruh negara mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis yang dipilih untuk mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Qur'an Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Qur'an remaja, kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili sekolah-sekolah ugama Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu dari Sekolah-Sekolah Arab dan Al-Falah, Sekolah-Sekolah Ugama, Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Skim Tilawah Al-Qur'an Remaja dan juga penuntut-penuntut sekolah seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.PB INFODEPT06-10.jpgPB INFODEPT02-0034.jpgPB INFODEPT02-0083.jpg
Created at 25/08/2022 10:03 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 25/08/2022 10:03 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong