Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SIARAN AKHBAR LAWATAN KERJA MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI KE REPUBLIK SINGAPURA

08.jpeg

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kini dalam rangka lawatan kerja ke Republik Singapura bermula pada hari ini, Isnin 05 haribulan hingga 07 haribulan September 2022. Menyertai Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ialah Yang Mulia Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) dan beberapa orang pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. Semasa lawatan kerja berkenaan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga akan membuat kunjungan Muhibbah dengan Yang Berhormat K Shanmugam, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang Republik Singapura bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama antara kedua-dua buah Kementerian yang telah terjalin sekian lama. 

Di hari pertama lawatan kerja berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin turut menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat, Negara Brunei Darussalam (NBD) bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang diadakan pada 05 haribulan September 2022 di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura. Menandatangani MoU berkenaan bagi pihak NBD ialah Awang Lim Hock Guan, Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat dan bagi pihak Republik Singapura ialah Eric Yap Wee Teck, Pesuruhjaya SCDF. MOU ini bertujuan untuk memudahkan perkongsian kepakaran dan pengetahuan dalam mengembangkan keupayaan mencari dan menyelamat di kawasan Bandar dan Pengurusan Bencana melalui pengendalian latihan dan projek usaha sama dua hala di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat, NBD bersama SCDF. Dengan termeterainya MoU tersebut, ianya akan dapat meningkatkan lagi keupayaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat NBD dalam mengawal, mencegah dan memadam kebakaran di samping memantapkan keupayaan dan kebolehan Pasukan Bomba dan Penyelamat melalui penerapan penggunaan teknologi dalam melaksanakan tugasan. Sebelum penandatangan MOU ini, kedua-dua buah agensi telahpun lama menjalin kerjasama erat termasuklah penyertaan Pegawai-Pegawai Kadet Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengikuti kursus di SCDF iaitu Rota Commander Course, Section Commander Course, Urban Search and Rescue (USAR), Structural Fire Fighting (SFF), Hazardous Material (HAZMAT), Fire Safety (FS) dan Fire Investigation (FI) bagi memperolehi pengalaman, pendedahan dalam bidang operasi dan menyelamat serta kepakaran dalam pengurusan Bencana. Ini adalah bukti hubungan isitmewa dan rapat yang dipupuk antara kedua-dua agensi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga akan membuat lawatan ke Immigration and Checkpoint Authority (ICA) dan SCDF untuk melihat secara dekat urus tadbir dan program-program ICA dan SCDF dan seterusnya meneliti kaedah latihan kepimpinan yang disediakan untuk pegawai-pegawai di kedua-dua buah agensi termasuklah pegawai-pegawai di peringkat kementerian. Lawatan ini juga akan akan turut meneroka pembangunan infrastruktur dan keupayaan serta ketersediaan teknologi yang digunakan oleh ICA dan SCDF dengan amalan-amalan terbaik dalam menangani cabaran dan isu-isu yang telah dihadapi oleh kedua-dua agensi untuk dijadikan sebagai panduan, rujukan dan landasan dalam penyediaan dasar, struktur dan tatacara perlaksanaan yang berkesan dan produktif. Lawatan ke ICA juga bertujuan untuk mengetahui prosedur pemberian perkhidmatan kepada pelanggan dan pengurusan permohonan dengan memanafaatkan gabungan kaedah teknologi, boimetrik dan proses mesra pelanggan dan seterusnya pendekatan ICA di dalam perlaksanaan penguatkuasaan undang-undang termasuk di dalam menangani isu permedagangan dan penyeludupan manusia.

01.jpeg03.jpeg04.jpeg

Created at 10/09/2022 08:14 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 10/09/2022 08:15 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong