Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ASIA-PACIFIC MINISTERIAL CONFERENCE ON DISASTER RISK REDUCTION

02.jpg

BRISBANE, AUSTRALIA, 19 SEPTEMBER 2022 – Negara Brunei Darussalam menerusi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan telah menghadiri persidangan antarabangsa iaitu Asia-Pacific Ministerial Conference On Disaster Risk Reduction yang diadakan selama 4 hari di Brisbane, Australia. Persidangan berkenaan merupakan anjuran bersama United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR) dan Kerajaan Australia yang bermula pada hari Isnin, 19 September 2022 yang mengetengahkan isu bencana semasa dan strategi pengurusan bencana sedunia. Persidangan kali ini merangkumi beberapa acara termasuk sesi Ministerial Forum, High-Level Dialogue, Thematic Sessions, simposium dan pameran. Seramai lebih dari 3,000 peserta daripada 40 buah negara telah menyertai persidangan ini secara fizikal dan alam maya.

Mewakili delegasi dari Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman,Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang turut disertai oleh Yang Mulia Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan). 01.jpg01.jpg04.jpg

Created at 21/09/2022 16:02 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 21/09/2022 16:06 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong