Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SATU KAMPUNG SATU PRODUK (1K1P) BRUNEI DARUSSALAM EXPO 2017 12 Safar 1439H / 1 November 2017M

IMG_4260.JPG

Bandar Seri Begawan, Rabu 1 November 2017 – Majlis Perasmian Satu Kampung Satu Produk (1K1P) Brunei Darussalam Expo 2017 dan juga pelancaran logo baru Satu Kampung Satu Produk (1K1P) Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada hari ini, 12 Safar 1439 Hijrah bersamaan 1 November 2017 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas

IMG_4144.JPG

IMG_4272.JPG

Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.


IMG_4353.JPG

IMG_4368.JPG

Expo anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ini diadakan untuk mewujudkan platform bagi pengusaha-pengusaha 1K1P Negara Brunei Darussalam mempromosikan dan meluaskan lagi pasaran produk-produk mereka secara langsung kepada pembeli-pembeli. Expo ini menghimpunkan kesemua produk-produk 1K1P dari keempat-empat daerah dan dijual di lokasi tumpuan orang ramai bagi memudahkan masyarakat untuk melihat, merasai dan seterusnya mendapatkan barangan tersebut secara terus daripada pengusaha-pengusaha yang terlibat.


IMG_4219.JPG

Expo ini memberi fokus kepada 4 aktiviti utama iaitu promosi dan jualan produk-produk 1K1P, pelancaran logo baru 1K1P Negara Brunei Darussalam, sesi business matching yang akan menemukan pembeli-pembeli dari dalam dan luar negara dengan pengusaha 1K1P dan sesi seminar/taklimat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengusaha 1K1P dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan dan swasta yang berkaitan dan berkepentingan. Untuk itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah bekerjasama dengan Kedutaan Jepun untuk mendatangkan seorang pakar bagi mengongsikan pengalaman dan usaha-usaha dalam meningkatkan sara hidup di Kota Toyooka, salah satu kota di negara Jepun.

IMG_4289.JPG

IMG_4378.JPG

Expo ini melibatkan penyertaan seramai 80 pengusaha-pengusaha dari kalangan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Negara Brunei Darussalam yang akan mempromosikan jualan produk-produk makanan dan kraftangan. Selain itu, seramai 40 orang pengusaha-pengusaha dari kalangan negara-negara ASEAN dan 3 buah negara Asia iaitu Jepun, China dan Korea turut mempamerkan dan menjual produk dari negara masing-masing. Penglibatan mereka memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha 1K1P untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran dan membina rangkaian kerja (networking) bagi meningkatkan kualiti dan pasaran produk-produk mereka di dalam dan luar negara.

IMG_4406.JPG

Bagi memeriahkan lagi expo ini, persembahan kebudayaan daripada anak-anak tempatan dan beberapa buah negara ASEAN, aktiviti cabutan bertuah (lucky draw) dan ASEAN Food Festival yang dikendalikan oleh chef-chef dari hotel dan restoran juga diadakan bagi mempromosikan produk-produk makanan dan masakan tradisional tempatan serta luar negara.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah tetamu-tetamu khas yang terdiri dari Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Tuan-Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta ke negara ini, Setiuasaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Ketua-Ketua Rumah Panjang dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu Program Satu Kampung Satu Produk (1K1P) Peringkat Kebangsaan. 

IMG_4155.JPG

IMG_4170.JPG

Created at 07/11/2017 15:17 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 07/11/2017 15:42 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah