Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PERASMIAN JUALAN SATU KAMPUNG SATU PRODUK (1K1P) DI DEWAN BERLEPAS, LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BRUNEI DARUSSALAM PADA 30 OKTOBER 2017

IMG_3948.JPG

Majlis Perasmian jualan Satu Kampung Satu Produk (1K1P) di kedai bertempat di Dewan Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Abu Bakar Bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 30 Oktober 2017. Ini adalah salah-satu usaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam memasarkan produk-produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P)  agar ianya berdaya maju dan berdaya tahan untuk mencapai matlamatnya dalam menggiatkan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Negara Brunei Darussalam bergerak aktif membantu masyarakat ke arah meningkatkan kesejahteraan dan sosio-ekonomi di peringkat akar umbi menerusi aktiviti-aktiviti perekonomian yang melibatkan masyarakat setempat.

IMG_3905.JPG

IMG_4120.JPG

Untuk itu, Syarikat Seri Nova Food Industries telah diberikan kelulusan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam untuk menjalankan perniagaan bertempat di Dewan Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam di bawah inisiatif 'Brunei Pavilion'. Inisiatif 'Brunei Pavilion' diperkenalkan oleh Jabatan Penerbangan Awam bagi menggalakkan syarikat-syarikat perniagaan untuk mempromosikan dan menjual produk-produk keluaran pengusaha-pengusaha Negara Brunei Darussalam.

IMG_3919.JPG

IMG_3923.JPG

Kedai ini memberi fokus kepada jualan produk-produk makanan dan kraftangan Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dan selebihnya ialah produk-produk makanan yang diusahakan oleh pihak-pihak swasta tempatan di bawah kategori mikro, kecil dan sederhana. Produk-produk 1K1P yang dijual di kedai ini termasuklah keropok udang, madu kelulut, teh herba, kuih sapit, kerepek pisang, kuih bahulu dan kuih jala. Manakala produk-produk kraftangan 1K1P termasuklah bakul anyaman, tekiding dan nyiru.

IMG_3938.JPG

Kerjasama dengan pihak-pihak swasta atau mana-mana agensi Kerajaan akan diteruskan dalam memajukan dan mempromosikan lagi produk-produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) agar ianya akan cepat berkembang dan seterusnya dapat menembusi pasaran luar negara.

IMG_4095.JPG

Created at 07/11/2017 15:30 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 07/11/2017 15:30 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah