Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERARAKAN KENDERAAN-KENDERAAN BERHIAS, PERASMIAN EKO KORIDOR DAN MAJLIS JUNJUNG KASIH DAN KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA

panji2_brunei.png

Bandar Seri Begawan, Ahad, 22 Oktober 2017 – Perarakan Kenderaan-Kenderaan Berhias, Perasmian Eko Koridor dan Majlis Junjung Kasih dan Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta telah diadakan pada pagi ini 02 Safar 1439 Hijrah bersamaan 22 Oktober 2017 Masehi pada jam 8.15 pagi di Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dan Persekitaran Eko Koridor di ibu negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Perarakan Kenderaan-Kenderaan Berhias, Perasmian Eko Koridor dan Majlis Junjung Kasih dan Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta. 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berserta kerabat diraja yang lain.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta Kerabat Diraja dijunjung oleh Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Keraian dan Acara-Acara Daerah Mukim; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II.

Turut menjunjung keberangkatan Baginda serta Kerabat Diraja ialah Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Keraian dan Acara-Acara Daerah dan Mukim Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan; dan Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Perasmian dan Peringatan Kenang-Kenangan iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri Pembangunan dan  Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan; dan Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain.

Sejurus Keberangkatan tiba, Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dikumandangkan oleh Kumpulan Koir Astaka Darussalam dan setelah itu Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menghadap kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjunjung perkenan bagi memulakan majlis.

Majlis seterusnya diteruskan dengan perarakan kenderaan-kenderaan berhias yang dipersembahkan dari Kementerian-Kementerian, Institusi-Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat-Syarikat Swasta, Persatuan-Persatuan dan orang-orang perseorangan yang bersemangat untuk mempamerkan rekaan kreativiti kenderaan-kenderaan berhias masing-masing dengan penuh warna dan reka bentuk. Sebanyak 37 kereta-kereta berhias dan 10 basikal-basikal berhias berarak menghiasi jalan-jalan di Bandar Seri Begawan dan seterusnya di hadapan Pentas Diraja Di Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan. 

Didalam berlangsungnya perarakan kenderaan-kenderaan berhias berbaris lalu, Persembahan padang yang telah direka khas juga turut dipersembahkan yang merupakan penzahiran rasa dari kalangan rakyat dan penduduk di Negara ini. Persembahan ini melibatkan seramai 580 orang terdiri daripada belia-belia, penuntut-penuntut dan murid-murid sekolah-sekolah kerajaan dan swasta serta pertubuhan awam dari keempat daerah iaitu Brunei dan Muara, Belait, Tutong dan Temburong. Persembahan ini diiringi oleh gabungan Pancaragam Jabatan Penjara, kumpulan belia-belia dibawah pimpinan Mohammad Qais bin Muzini dan di terajui oleh Pengarah Persembahan Padang Awang Haji Suhaili bin Hj Moktal. Lagu hasil ciptaan melodi Khairol Johari dan lirik oleh Amin Sirat yang bertajuk 'Junjong Kasih' turut didendangkan dan memeriahkan lagi suasana perarakan. Seterusnya lagu kemuncak 'Penorama Ibunda' hasil ciptaan melodi Fathan Anuar didendangkan oleh Mohammad Khairol Nazri bin Haji Johari, Dayang Hasbrina binti Asli, Siti Mariani binti Mohammad Junaini dan Mohammad Tajul Affendi bin Othman.

Sebaik selesai Perarakan Kenderaan-Kenderaan Berhias dan persembahan padang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta Kerabat Diraja berkenan untuk berjunjung ziarah bersama peserta-peserta persembahan padang sebelum Baginda serta Kerabat Diraja yang lain dijunjung berangkat ke Eko Koridor Sungai Kedayan bagi acara Majlis Junjung Kasih dan Kesyukuran dan seterusnya Perasmian Eko Koridor.

 Ketibaan Baginda beserta Kerabat Diraja di Eko Koridor dijunjung oleh Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Keraian dan Acara-Acara Daerah dan Mukim Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan; dan Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Perasmian dan Peringatan Kenang-Kenangan iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan. 

Acara diteruskan dengan majlis junjung kasih dan kesyukuran yang mana dimulakan dengan junjung ziarah bersama rakyat dan penduduk dari Daerah Belait, Daerah Tutong, Daerah Temburong dan Daerah Brunei Muara. Sejurus sampai ke tempat Perasmian Eko Koridor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijujung oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri Pembangunan untuk merasmikan Eko Koridor dan seterusnya berkenan untuk penukaran nama Eko Koridor menjadi  Taman Mahkota Jubli Emas. 

Semasa Perasmian Eko Koridor Sungai Kedayan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan merasmikan Taman Mahkota Jubli Emas ucapan kalimah Bismillahi Rahman Nirahim dan seterusnya menekan butang perasmian. Perasmian berkenaan diikuti oleh tausyeh, pelepasan 3 biji belon besar dan beribu-ribu belon yang berwarna-warni serta penurunan tabir bagi dinding penamaan Taman Mahkota Jubli Emas dan turunan air terjun. 

Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani Plak Perasmian dan disertai dengan laungan "Daulat Kebawah Duli Tuan Patik" dari kira-kira 500 penuntut-penuntut dan kemudian menerima pesambah dari Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Jawatankuasa Sambutan Jubli Emas dan juga selaku Pengerusi Tertinggi Rancangan Kemajuan Negara;

Sebaik sahaja perasmian Taman Mahkota Jubli Emas Dirasmikan, Baginda menaiki kenderaan khas untuk menyelusuri kemah-kemah Daerah Brunei Muara dan penuntut-penuntut dan seterusnya menuju ke kawasan berdekatan Balai Bomba Bandar Seri Begawan untuk menaiki Kenderaan Baginda menuju ke Bangunan Tarindak D'Seni Bandar Seri Begawan bagi majlis santap. 

Kebarangkatan Baginda dijunjung oleh Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Keraian dan Acara-Acara Daerah dan Mukim Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan; dan Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sektoral Perasmian dan Peringatan Kenang-Kenangan iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan. 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan jemputan-jemputan khas.

Created at 07/11/2017 15:49 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 07/11/2017 15:49 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah