Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LATIHAN BERKAYUH BAGI PERSIAPAN LUMBA PERAHU SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA.

IMG_5940.JPG

Bandar Seri Begawan Khamis 23 November 2017 – Persiapan-persiapan bagi Acara Lumba Perahu Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta sedang giat dijalankan. Pada kesempatan ini juga latihan-latihan berkayuh juga semakin rancak diadakan bagi bersiap sedia untuk perlumbaan pada hari kemuncak nanti.

pic.jpg

Diantara pasukan yang hadir membuat persiapan dan latihan berkayuh pada petang ini ialah:-

  1. Pasukan Jawatankuasa Acara Lumba Perahu Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta  'A'
  2. Pasukan Jawatankuasa Acara Lumba Perahu Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta  'B'
  3. Pasukan Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri,
  4. Pasukan Setiuasaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap
  5. Pasukan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar dan Perwakilan-Perwakilan Negara Asing.

Acara Lumba Perahu Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta akan diadakan pada 7 Rabiulawal 1439 H bersamaan 26 November 2017 M mengambil tempat di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan bermula jam 8 Pagi dan 1 Petang. Oleh itu orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi acara tersebut itu nanti. 

Snapseed.jpg

Created at 25/11/2017 09:57 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 25/11/2017 09:57 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah