Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA DENGAN KERJASAMA MAJLIS-MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG DAERAH TEMBURONG SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W BAGI TAHUN 1439 HIJRAH BERSAMAAN 2017 MAS

DSC_8641.JPG

TEMBURONG,   KHAMIS, 23 NOVEMBER 2017 – Rombongan Dikir Maulud Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya diteruskan lagi pada hari ini 5 Rabiulawal 1439 H bersamaan 23 November 2017M,  dengan berkunjung ke Masjid Puni, Daerah Temburong Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Bagi Tahun 1439 Hijrah Bersamaan 2017 Masehi.

DSC_8638.JPG

Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Yang Mulia Awang Md Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud, Pegawai Daerah Temburong sebagai wakil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, Ahli Mesyuarat Negara, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong. Acara telah dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti oleh Majlis Dikir Maulud beramai-ramai daripada kumpulan dikir Jabatan Daerah Temburong dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

DSC_8669.JPG

DSC_8678.JPG

Majlis Dikir Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya adalah kesinambungan daripada rombongan Kementerian ke daerah-daerah dalam sama-sama menyemarakan hari-hari kebesaran Islam. Seterusnya rombongan akan berkunjung ke Masjid Kampung Lubuk Pulau, Daerah Tutong pada 9 Rabiulawal 1439 H bersamaan 27 Novermber 2017 M. 

DSC_8575.JPG

DSC_8584.JPG

Created at 25/11/2017 10:10 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 25/11/2017 10:10 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah