Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS BERDIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA KE MASJID DAERAH-DAERAH SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM TAHUN 1439H/2017M

DSC02103.jpg

Kuala Belait, Selasa, 28 November 2017 – Rombongan Dikir Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya hari in mengadakan Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallalahu 'Alaihi Wassalam ke Daerah Belait. Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Majlis dikir ini adalah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam bagi tahun 1439H/2017M dan ianya diadakan di Masjid Lorong Tiga Selatan Seria.

DSC02076.jpg

Sebaik saja selesai Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, Majlis Dikir dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat.

DSC02112.jpg

Majlis diteruskan dengan dikir Assalamualaika yang disampaikan oleh Takmir Masjid Lorong Tiga dan disusuli dengan dikir Bisyahrin oleh Jabatan Penjara dan dikir Alhamd oleh Ahli Majlis Perundingan Mukim Seria.

DSC02172.jpg

Majlis diakhiri dengan bacaan dikir Marhaban beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam sebelum Sembahyang Isyak Berjemaah.

DSC02185.jpg

Rombongan dikir KHEDN juga telah mengadakan majlis seumpama ini di beberapa masjid yang terpilih di seluruh daerah bagi sama-sama memakmurkan dan mengimarahkan masjid disamping memperbanyakkan dikir dan selawat keatas Nabi Muhammad Sallalahu 'Alaihi Wassalam.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin,  Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Kanan KHEDN, Ketua-Ketua Jabatan di bawah KHEDN dan Cawangan di Daerah Belait, pegawai dan kakitangan di KHEDN, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

DSC02214.jpg

Created at 30/11/2017 11:42 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 30/11/2017 11:42 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah