Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Menyemarakan Sambutan Maulud

yb maulud.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Disember. - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Ceramah Khas Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi bertempat Dewan Teater, Bangunan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

IMG_5723.JPG

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

IMG_5710.JPG

Turut hadir, Yang Mulia Awang Mohammad Sunadi bin Haji Buntar Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN; ketua-ketua jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian; pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

IMG_5717.JPG

Majlis diserikan dengan Dikir Maulud yang dibawakan oleh pasukan Dikir Ketua-Ketua Kampung dan juga Ceramah Khas 'Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil', disampaikan oleh Pegawai Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Drs. Awang Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

IMG_5731.JPG

Antara lain isi ceramah yang telah disampaikan adalah menyentuh mengenai kepimpinan adil Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Penceramah juga menyentuh mengenai nikmat umur, iaitu nyawa yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang memberikan kesempatan kepada umat Islam untuk menambahkan amal dan takwa kepada-Nya. ''Orang-orang yang telah kembali kepada Allah Subhanahu Wata'ala tidak ada kesempatan untuk beramal. Cuma kita yang masih hidup hanya dapat mengirim amal kepada orang yang telah kembali kepada Allah,'' jelasnya. Majlis yang dianjurkan oleh JDBM itu merupakan salah satu aktiviti tahunan yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

IMG_5727.JPG

Created at 13/12/2017 11:00 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 14/12/2017 09:10 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah