Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PEMENANG-PEMENANG DAN PESERTA-PESERTA PERARAKAN KAPAL-KAPAL, PERAHU-PERAHU, KERETA-KERETA DAN BASIKAL-BASIKAL BERHIAS BAGI DUA ACARA UTAMA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADU

YB hadiah.jpg


YB hadiah 2.jpg

Bandar Seri Begawan, Isnin, 04 Disember 2017 bersamaan 15 Rabiulawal 1439 – bertempat di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan kepada Pemenang-Pemenang dan Peserta-Peserta Perarakan Kapal-Kapal, Perahu-Perahu, Kereta-Kereta dan Basikal-Basikal berhias bagi dua acara utama Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

DSC_0378.JPG

2. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Adnan bin Haji Ahmad,  dan seterusnya diikuti dengan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Keraian dan Acara-Acara Daerah Mukim Sempena Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, untuk menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pemenang-pemenang serta peserta-peserta yang berkenaan.


DSC_0382.JPG

3. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Keraian dan Acara-Acara Daerah Mukim Sempena Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

DSC_0329.JPG

4. Juga turut hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan kepada Pemenang-Pemenang dan Peserta-Peserta Perarakan Kapal-Kapal, Perahu-Perahu, Kereta-Kereta dan Basikal-Basikal berhias bagi dua acara utama Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta ialah Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Ghafar, Pemangku Menteri Pembangunan; Dato Seri Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.

DSC_0333.JPG

5. Terdapat dua kategori Perarakan yang dipertandingan iaitu (i) Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias (ii) Perarakan Kereta / Kenderaan Berhias.

6. Dalam kategori Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias, sejumlah 38 penyertaan perarakan kapal dan perahu tersebut terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, persatuan-persatuan, majlis-majlis perundingan mukim dan kampung Negara Brunei Darussalam 


7. Manakala dalam kategori Perarakan Kereta / Kenderaan Berhias, sebanyak 37 kereta berhias dan 11 basikal berhias yang dipertandingkan terdiri daripada empat belas (14) penyertaan Kementerian-Kementerian, Empat (4) penyertaan Daerah-Daerah, Dua (2) penyertaan Pengajian Tinggi, Enam belas (16) penyertaan Syarikat Swasta dan Sebelas (11) penyertaan Basikal Berhias Perserongan.

8. Bagi kategori perarakan kapal-kapal berhias, johan disandang oleh NBT (Brunei) Sdn Bhd dengan menerima wang tunai $2,000 berserta sijil penyertaan manakala itu Telekom Brunei Berhad (TelBru) muncul naib juara dengan menerima $1,500 berserta sijil penyertaan dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Jabatan Perdana Menteri dengan menerima $1,000 berserta sijil penyertaan.

9. Tempat pertama kategori perarakan perahu-perahu berhias pula disandang oleh Kementerian Pembangunan yang menerima $1,000 berserta sijil penyertaan diikuti oleh China State Construction and Engineering Corporation di tempat kedua dengan menerima $750 dan Kementerian Hal Ehwal Ugama di tempat ketiga dengan menerima $500.

10. Kementerian Pembangunan sekali lagi muncul juara bagi kategori kenderaan / kereta berhias sekali gus memenangi $2,000 berserta sijil penyertaan sementara itu, naib juara disandang oleh Autoriti Monetori Brunei Darussalam dengan menerima $1,500 berserta sijil dan tempat ketiga jatuh kepada Jabatan Perdana Menteri yang menerima $1,000 berserta sijil penyertaan.

11. Bagi kategori basikal berhias perseorangan, tempat pertama disandang oleh Haji Mohadi yang menerima $300 diikuti oleh Haji Suhaili di tempat kedua dengan menerima $250 dan Hajah Maslailawati di tempat ketiga dengan menerima $200.

Created at 13/12/2017 12:17 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 14/12/2017 09:04 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah