Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Sambutan Perarakan Maulidur Rasul

f1423acc-6d43-43af-ac8d-a60fe5e2a4af.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kelmarin berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara bagi Tahun 1439 Hijrah bertemakan 'Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil' yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

816fac55-0c32-4bf2-992e-48fa1f5eb6c6.jpg

Pada tahun ini sebanyak 125 pasukan dengan keramaian 12,760 orang, telah mengambil bahagian dalam perhimpunan, perarakan dan perbarisan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

930be9ea-ca0b-46cc-bf60-8cdc0ab5eba5.jpg

Sementara itu, perhimpunan perarakan dan perbarisan juga mempertandingkan empat kategori iaitu Kategori 1, sekolah menengah / arab / institusi pengajian tinggi / maktab / swasta disertai oleh 30 pasukan, Kategori 2 disertai oleh kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan sebanyak 15 pasukan, Kategori 3 disertai oleh persatuan-persatuan, NGO dan sektor swasta sebanyak 27 pasukan, Kategori 4 disertai oleh kampung dan masjid sebanyak 29 pasukan.

9a12475a-785b-477c-b0dd-61a7845c0048.jpg

bdaab520-de2c-4195-bff3-18c677099e5f.jpg

Created at 13/12/2017 12:29 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 13/12/2017 12:29 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah