Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

8 Februari 2018 - LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA SERI KERNA DATO SERI SETIA (DR) HAJI AWANG ABU BAKAR BIN HAJI APONG, MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI KE KAWASAN TERJEJAS OLEH BANJIR DAERAH TEMBURONG

DSC_1872.JPG

Khamis, 08 Febuari 2018, Jam 08.00 pagi: Kejadian banjir yang melanda Daerah Temburong semenjak Selasa malam, kini semakin pulih berikutan cuaca baik pada pagi ini. Pusat Operasi Kecemasan Daerah Temburong atau District Emergency Operation Center (DEOC) telah dibuka pada 07 Febuari 2018. Pemantauan pihak DEOC mendapati paras air Sungai Temburong surut dan keadaan beransur pulih mulai 08 Febuari 2018 jam 03.50 pagi. Keadaan bagi Daerah Temburong secara amnya telah pun ke tahap normal.

DSC_2012.JPG

Hadir bagi meninjau dengan lebih dekat keadaan banjir di Daerah Temburong pada pagi ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan, dan Yang Berhormat Major Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

DSC_1968.JPG

Antara kawasan yang dilawati oleh rombongan ialah kawasan-kawasan yang sebelum ini terjejas oleh banjir seperti Kampung Ujong Jalan, Kampung Buda-Buda, Kampung Belais, Kampung Paya Bagangan, Kampung Bokok dan Kampung Menengah.

DSC_1984.JPG

Bagi penduduk-penduduk kampung dan orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat atau bantuan lanjut bolehlah menghubungi talian-talian hotline 995/ 993/ 991 dan juga Pejabat Daerah Temburong di talian 5221266 atau 5221265. 

DSC_1926.JPG

Created at 08/02/2018 16:08 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 10/02/2018 10:29 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah