Bilangan Iklan:KHEDN/BPK/Q01/2022To Supply, Install and Delivery of Heavy Duty Shredder Machine For Ministry of Home Affairs, Negara Brunei Darussalam.
| Tarikh dan Masa Ditutup:2:00PM, 17/08/2022 | Maklumat Perhubungan:Unit Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 1, KHEDN | Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga adalah seperti berikut; - Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat / Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan kerajaan di Negara Brunei Darussalam SAHAJA.
- Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke
Unit Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 1 (Right Wing)
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
- Bagi Syarikat/Pemborong yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan
Sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan juga
Pengesahan Syarikat.
-
Pembayaran akan dikenakan sebanyak
B$5.00 [Lima Ringgit sahaja] sebelum mengambil borang-borang tawaran sebutharga. Pembayaran bolehlah dibuat di Unit Hiburan Awam, Tingkat 3,(Left Wing), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tan membubuh sebarang pengenalan atau identiti pemborong atau Syarikat.
- Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam
Peti Kotak Sebutharga, Aras Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan, BS8610 Negara Brunei Darussalam - Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.
- Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.
| Attachments |
|
|