Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Iklan KHEDN

Manage PermissionsManage Permissions

Bilangan Iklan:

KHEDN/BPE/Q1057/2019

​The Design, Supply, Delivery, Installation, Testing, Commissioning, Training, Operation, and Maintenance of Penghulu Mukim and Ketua Kampung e-Voting for District Office Departments, Ministry of Home Affairs

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 23/10/2019

Maklumat Perhubungan:

moha.it@egc.gov.bn

Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut: 
  1. Tawaran sebutharga hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat ICT yang mempunyai kepakaran dalam perlaksanaan projek-projek ICT.

  2. Bagi Syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam, atau sijil pendaftaran perniagaan dan juga menyertakan salinan borang pembayaran tuntutan melalui Bank (EFT).

  3. Tawaran-tawaran mestilah menggunakan borang-borang tawaran yang bercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga boleh menghubungi Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui e-mel di moha.it@egc.gov.bn atau layari laman sesawang rasmi http://www.moha.gov.bn

  4. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran sebutharga, nama tawaran sebutharga dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Syarikat.

  5. Semua tawaran sebutharga hendaklah dialamatkan dan dimasukkan kedalam:

    Peti Kotak Sebutharga
    Aras Bawah
    Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
    Jalan James Pearce
    Bandar Seri Begawan, BS8610
    Negara Brunei Darussalam

    Tidak lewat dari jam 2.00 petang pada hari Rabu, 23 Oktober 2019.

  6. Sesi penerangan tawaran (Information Day) akan diadakan pada hari Khamis, 3 Oktober 2019 bertempat Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 9.00 pagi. 

  7. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.

  8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.

  9. Sekiranya ada pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut sila hubungi melalui e-mel di moha.it@egc.gov.bn
Attachments
Created at 30/09/2019 08:30 by Nusratina Binti Hj Md Daud
Last modified at 30/09/2019 08:30 by Nusratina Binti Hj Md Daud