Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/UTM/Q1007/2022

​The Supply, Delivery, Installation, Configuration and Testing of Network Equipment for Jabatan Bandaran Kuala Belait & Seria, Jabatan Daerah Temburong and Pusat Reintegrasi Beribi (Jabatan Penjara)

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 7/12/2022

Maklumat Perhubungan:

Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Dasar dan Perancangan, KHEDN

Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut:

  1. Tawaran sebutharga hanyalah dipelawa kepada syarikat-syarikat ICT yang mempunyai kepakaran di dalam perlaksanaan projek-projek ICT.
  1. Bagi syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam, atau sijil pendaftaran perniagaan.
  1. Tawaran-tawaran mestilah menggunakan borang-borang tawaran yang bercetak oleh kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga boleh menghubungi Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui e-mel di moha.it@egc.gov.bn
  1. Borang-borang tawaran projek hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran sebutharga, nama tawaran sebutharga dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat.
  1. Semua tawaran sebutharga hendaklah dialamatkan dan dimasukkan kedalam:


Peti Kotak Sebutharga
Aras Bawah
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jalan James Pearce
Bandar Seri Begawan, BS8610
Negara Brunei Darussalam

 

Tidak lewat dari jam 2.00 petang pada hari Rabu, 7 Disember 2022.

  1. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima .
  1. Bagi syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran tersebut hendaklah mengikuti Info Day (Site survey) yang akan diadakan pada:
    Hari Rabu, 30 November 2022 jam 10.00 pagi di Bangunan Jabatan Bandaran Kuala Belait & Seria, Jalan McKerron.
    Hari Khamis, 1 Disember 2022 jam 10.00 pagi di Bangunan Jabatan Daerah Temburong, Bangar.
    Hari Khamis, 1 Disember 2022 jam 2.30 petang di Pusat Reintegrasi Beribi, Jalan Seri Beribi.
  1. Tawaran yang diterima tanpa mengikuti Info Day (Site Survey) di atas tidak akan dilayan atau diterima.
  1. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.
Attachments
Version: 3.0
Created at 22/11/2022 7:18 PG by Pg Mohammad Dzulkhairi bin Pg Haji Mohamad
Last modified at 23/11/2022 9:00 PG by Pg Mohammad Dzulkhairi bin Pg Haji Mohamad
Iklan