Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

PROJEK RINTIS SISTEM SMART Q

Aplikasi Smart Q tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai menempah slot queue pendaftaran Kad Pengenalan di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan lebih awal mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Bagi penggunaan aplikasi Smart Q berkenaan, orang ramai hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
  1. Muat turun aplikasi QueUP dari Appstore atau Googleplay
  2. Buka aplikasi dan daftar bagi QueUP
  3. Pilih waktu tempahan, Jabatan, Perkhidmatan, Cawangan
  4. Pilih waktu dan tarikh tempahan yang dikehendaki, klik 'Book' (tertakluk kepada slot yang ada)
  5. Nombor pengesahan dan bar kod akan diberikan kepada pemohon
  6. Semasa hari pendaftaran (mengikut jadual tarikh dan waktu yang ditempah oleh pemohon), pemohon hadir ke Bahagian Kad Pengenalan, Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan 15 minit lebih awal sebelum jam waktu tempahan.
  7. Pemohon perlu mengimbas (scan) bar kod pada alat kiosk yang disediakan. Sistem akan memaklumkan nombor kaunter dan anggaran masa pemohon akan dilayan.
  8. Nombor giliran pemohon akan dipanggil bagi perkhidmatan pendaftaran. 
  9. Di samping tempahan awal ini, Bahagian Kad Pengenalan masih juga menerima orang ramai yang membuat permohonan secara "walk in" seperti dibuat sebelum ini.
Jerayawara Sistem Smart Q untuk memberigakan kepada orang ramai mengenai tatacara menggunakan aplikasi QueUP ini akan diadakan bermula pada 31 Julai 2017 hingga 07 Ogos 2017 di Ruang Legar, Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar. Orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dengan pengunaan aplikasi ini. 

Attachments
Created at 02/08/2017 10:29 by Nusratina Binti Hj Md Daud
Last modified at 11/09/2017 14:31 by Nusratina Binti Hj Md Daud