Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
  
  
29/08/2016

PID.jpg

Bandar Seri Begawan, 29 Ogos – Sidang media mengenai mengemaskini maklumat hartanah di kawasan-kawasan Lembaga-Lembaga Bandaran di Negara Brunei Darussalam bermula dari 1 Ogos 2016 sehingga 31 Mac 2017, telah diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sidang Media tersebut ialah menerangkan matlamat projek pengemaskinian Property Inventory Database iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Bandaran sedang melaksanakan projek kerja-kerja pengumpulan data hartanah (Property Inventory Database – PID) dalam kawasan Lembaga-Lembaga Bandaran  bertujuan bagi mengemaskini maklumat data hartanah untuk penyediaan pengkalan data hartanah (database), agar lebih teratur, bersistematik dan terkini.

Kerja-kerja dilapangan bagi projek ini dilaksanakan bermula 1 Ogos 2016 hingga 31 Mac 2017. Dalam tempoh tersebut, pengumpul data yang dilantik akan membuat notis perjanjian dengan pemilik-pemilik hartanah seterusnya memasuki, memeriksa dan mengukur mana-mana rumah, bangunan atau hartanah di kawasan-kawasan dibawah kawalan Lembaga-Lembaga Bandaran di Negara Brunei Darussalam pada tarikh yang ditentukan.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, memohon agar pemilik-pemilik Hartanah memberikan kerjasama sepanjang tempoh kerja-kerja pengumpulan data Hartanah dijalankan.

Sukacitanya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memaklumkan kepada orang ramai terutamanya pemilik-pemilik hartanah mahupun penghuni-penghuni hartanah yang terlibat bahawa pengumpul data yang dilantik boleh dikenalpasti kerana mereka memiliki kad pengenalan diri dan juga memakai pakaian seragam yang dikhususkan bagi projek ini.

Sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah merujuk perkara ini di talian +6732232225 (Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri), +6732244151 (Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan), +6733337081 (Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria), dan +6734221232 (Jabatan Bandaran Tutong) semasa waktu pejabat (Isnin hingga Khamis & Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan jam 1.30 petang hingga 4.30 petang.

​Sidang Media juga diteruskan dengan taklimat penerangan mengenai projek tersebut yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Rasidah Binti Haji Ghani, Pegawai Bandaran selaku Pengurus Projek, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri



Year: 2016
  
29/08/2016

PID.jpg

Bandar Seri Begawan, 29 August – The Ministry of Home Affairs, held a press conference for collect data on all properties within Municipal Board Areas in Brunei Darussalam commencing from 1 August 2016 until 31 March 2017, was took place at the Multipurpose Hall, Building Ministry of Home Affairs. 

The Press Conference briefly explained the project objectives about Property Inventory Database (PID) whereas The Ministry of Home Affairs via Municipal Departments is to collect data on all property within Municipal Boards Areas for the purpose of updating information to meet the target of having our own Property Inventory Database (PID), in order to have updated, organized and systematic database.

Gathering data activities on-site is commencing from 1 August 2016 until 31 March 2017. During that period, the data collector personnels that is appointed will give appointment notice with property owners to enter, inspect or survey any such houses, lands, building or tenements within Municipal Board Areas in Brunei Darussalam on the set date.

Ministry of Home Affairs would like all properties owner to give their cooperation to facilitate the gathering data activities within the given period.

The Public especially Property Owners/ Occupiers effected by this project is ensure that the data collector personnel that is appointed can be identified through their authorized identification card as well as the uniform design for this project.

Any enquiries, the public can refer this matters to the assigned numbers +6732223225 (Ministry of Home Affairs), +6732244151 (Bandar Seri Begawan Municipal Department), +6733337081 (Kuala Belait and Seria Municipal Department), and +6734221232 (Tutong Municipal Department) during office hours (Monday to Thursday & Saturday) from 8.00 A.M. to 12.00 P.M. and 1.30 P.M. to 4.30 P.M.

The Press Conference about Property Inventory Database (PID) was delivered by Yang Mulia Dayang Hajah Rasidah Binti Haji Ghani, Town Officer as Project Manager, Ministry of Home Affairs.

Year: 2016
  
10/08/2016

REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2016 SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-70 TAHUN BAGI TAHUN 2016

Year: 2016
  
04/08/2016

REGATA 2016 final(baru)-small.jpg

Year: 2016
  
11/07/2016

DSC_5260.JPG

DSC_5302.JPG

DSC_5320.JPG

Hari Ini Isnin, 11 Julai 2016, bertempat di Padang Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar telah diadakan latihan persiapan bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun bagi Daerah Temburong khusus bagi Persembahan Khas Padang.

Year: 2016
  
30/06/2016

1.JPGMAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, IMIGRESEN.JPGMAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, IMIGRESEN 3.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun –  Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Doa Kesyukuran dan Khatam Al-Quran bersempena ulang tahun penubuhannya yang ke-58 hari ini bertempat di Masjid Mohammad Bolkiah, Kampung Serusop.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna, Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN, pegawai-pegawai dan kakitangan dari JIPK, jemputan-jemputan Khas iaitu bekas pegawai–pegawai dan kakitangan yang telah bersara dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan serta ahli-ahli takmir masjid.

Majlis dimulakan dengan solat sunat hajat dan diikuti dengan doa kesyukuran. Majlis diteruskan dengan bacaan takhtim, doa khatam Al-Quran, dikir marhaban dan penyampaian sijil penyertaan bagi pegawai dan kakitangan JIPK yang mengikuti 30 juzuk bacaan Al-Quran.

Ia turut diselajurkan dengan penyerahan sumbangan derma kepada 19 orang anak-anak yatim daripada kalangan pegawai dan kakitangan yang pernah berkhidmat di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

 

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mula ditubuhkan pada 1 Julai 1958 sebagai salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan mengatur warganegara asing yang masuk/keluar melalui Pos-Pos Kawalan dan memastikan kesejahteraan dan keselamatan dalam negara ini sentiasa terkawal dan terpelihara dan tidak menjejaskan kepentingan negara dari segi Keselamatan, Ekonomi, Sosial, Ugama dan Budaya. Jabatan ini juga adalah bertanggungjawap dalam menentukan taraf kependudukan serta melaksanakan pendaftaran yang berkaitan dengan Kelahiran, Kematian, Anak-anak Angkat dan Kad Pengenalan sesuai dengan keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ada.

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah terletak di Daerah Brunei dan Muara sementara setiap daerah mempunyai cawangannya masing-masing. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mempunyai 12 bahagian di Ibu Pejabat dan bagi cawangan-cawangan pula adalah memberikan hampir kesemua perkhidmatan yang sama sepertimana yang diberikan di Ibu Pejabat. Jumlah Pos-pos Kawalan pula adalah sebanyak 11 buah Pos Kawalan di seluruh Negara Brunei Darussalam.

Dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang efisien dan berkesan pelbagai penambahbaikkan telah dan sedang dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai seiring dengan slogan jabatan iaitu 'Mesra, Tegas dan Berwibawa'

Sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah banyak mengalami perubahan sejajar dengan arus perkembangan zaman seperti dalam bidang teknologi maklumat dan info komunikasi malahan juga penglibatan di peringkat serantau dan antarabangsa. Justeru itu, pelbagai pencapaian telah diperolehi dari masa ke semasa yang diantaranya ialah ;

(i)            Pelaksanaan Kaunter pemeriksaan Automatik E-gate bagi pemegang Dokumen Perjalanan Negara Brunei Darussalam jenis biometrik yang mula digunakan pada 1 Julai 2015 di bahagian berlepas dan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) yang bertujuan bagi memberikan penambahbaikkan dalam perkhidmatan pemeriksaan imigresen dalam mengatasi masalah kesesakan dan masa menunggu.

 

(ii)          Perkhidmatan Kemudahan Perjalan Kerap (Frequent Traveller's Facility) iaitu projek usahasama Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan Brunei dan Jabatan Imigresen Malaysia dalam mengurangkan cap Imigresen dan pengunaan mukasurat di dalam paspot kepada warganegara yang kerap melakukan perjalanan di antara pos-pos Kawalan kedua buah negera. Bagi mendapatkan perkhidmatan ini, pemegang paspot biometric Negara Brunei Darussalam bolehlah memohon secara on line melalui laman sesawang http://www.ftf.gov.bn

 

(iii)         Salah satu lagi kerjasama di antara  Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan Brunei dan Jabatan Imigresen Malaysia adalah yang melibatkan  waktu operasi bermula 1 September 2015 di kesemua pos-pos kawalan melalui jalan darat iaitu Pos Kawalan Imigresen Kuala lurah, Daerah Brunei Muara; Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujuh, Daerah Kuala Belait; Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan, Daerah Temburong dan Pos Kawalan Imigresen Labu, Daerah Temburong bermula dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

 

Dalam dalam bidang yang berkaitan dengan penguatkuasaan pula, beberapa initiatif telah dibuat untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

Fokus utama adalah diberikan bukan sahaja kepada warga asing akan tetapi juga kepada warga tempatan agar tidak melakukan kesalahan-kesalahan imigresen.Di antaranya adalah

 

(i)            Mengadakan  Jerayawara-jerayawara secara konsisten yang telah dibuat oleh Bahagian Penguatkuasan yang  lebih kepada menerangkan tentang kesalahan-kesalahan penyalahgunaan pas-pas imigresen yang dikeluarkan oleh Jabatan, tinggal berlebihan masa dan lain-lainnya.

Tempat membuat jerayawara tersebut sengaja dipilih ditempat-tempat yang strategik iaitu tempat-tempat perniagaan bagi tujuan pemberigaan Akta-akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen Penggal 17.

 

(ii)          Pengenalan Talian 8734888 "Hotline" sebagai pemudahcara perkhidmatan aduan yang efektif untuk orang ramai dan efisien kepada aktiviti-aktiviti Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

 

Hasil daripada sebahagian aktiviti-aktiviti ini telah memberikan kesan dan impak yang positif dengan adanya penurunan dari jumlah kesalahan-kesalahan sebelumnya​


Year: 2016
  
14/06/2016

TUTONG, 14 JUN - Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya Tahun 1437H/2016M bagi Daerah Tutong telah diadakan pada hari Selasa, 8 Ramadan 1437 bersamaan 14 Jun 2016 di Masjid Haji Abdul Azim, Kampung Luagan Dudok, Mukim Keriam, Tutong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya Tahun 1437H/2016M ini adalah salah satu inisiatif kementerian untuk mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara pihak kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk-penduduk mukim dan kampung di Daerah Tutong. Di samping itu ianya juga merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan kementerian bagi meraih kemanfaatan dan pahala di bulan Ramadan yang mubarak.

Majlis Tadarus Al-Quran tersebut juga diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Haji Abdul Azim dan diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim Kampung Luagan Dudok.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Luagan Dudok serta masyarakat kampung berdekatan.  Majlis serupa ini juga diteruskan di daerah-daerah lain seluruh negara.

Year: 2016
  
11/06/2016

DSC_4023.JPGDSC_4037.JPGDSC_4042.JPG

Setiap tahun Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telahpun menyusun rancangan kerjanya yang bercorak keugamaan bersempena dengan datangnya bulan Ramadhan 1437. Majlis Tadarus Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang dibuat dikeempat-empat daerah adalah salah satu di antara rancangan kerja yang bercorak keugamaan dan tahun ini di Daerah Temburong, Majlis Tadarus tersebut diadakan di Masjid Kampung Batu Apoi.

 Hari Sabtu, 06 Ramadhan 1437  bersamaan 11 Jun 2016, jam 12.00 tengahari telah berlangsung Majlis Tadarus Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Bagi Daerah Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan Setiausah Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Amir Hairil bin Haji Awang Mahmud, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Ketua-Ketua Jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong berserta penduduk Kampung sekitarnya.

 Aturcara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah dan seterusnya Majlis Tadarus yang diketuai oleh Yang Mulia Haji Shamsudin bin Haji Azahari Imam Masjid Kampung Batu Apoi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Majlis Penyampaian sumbangan wakaf dan seterusnya Penyampaian Derma kepada Anak-Anak Yatim bagi Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong oleh tetamu kehormat majlis. Di antara tujuan rombongan Tadarus Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke Daerah-Daerah adalah untuk  membuat amal ibadat di bulan Ramadhan di samping itu juga ianya dapat menjalinkan hubungan yang erat dikalangan Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya berserta Ahli-Ahli Majlis Perundingan  Mukim dan Kampung  dan pemimpin akar umbi. 

Year: 2016
  
24/05/2016

Bandar Seri Begawan, Selasa, 24 Mei 2016

 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun telah berkenan berangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun pada hari Selasa, 17 Syaaban 1437H bersamaan 24 Mei 2016M bertempat di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jalan Perdana Menteri.

 Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna, Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun dan seterusnya dijunjung untuk sesi bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun.

 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seterusnya sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan (sila rujuk ucapan).

 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun kemudiannya berkenan mengurniakan sabda.

 Seterusnya, mesyuarat mendengarkan laporan mengenai dengan persediaan-persediaan dan persiapan-persiapan acara-acara utama dan suasana Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun seperti Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam dan Persembahan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Daerah-Daerah bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk.

Mesyuarat juga mendengarkan laporan mengenai dengan persediaan Majlis Doa Kesyukuran, Istiadat Perbarisan Kehormatan, Majlis Khatam Al-Quran 70 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara dan Majlis Ilmu adalah seperti berikut:-

 i) Hari Khamis, 09 Syawal 1437 /14 Julai 2016 - Majlis Sembahyang  Fardhu Maghrib Berjemaah, Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Do'a Kesyukuran disemua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh Negara dengan penumpuan utama di Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong

ii) Hari Juma'at, 10 Syawal 1437 / 15 Julai 2016 – Istiadat Perbarisan Kehormatan Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan [Sebelah Pagi]

 Hari Juma'at, 10 Syawal 1437 / 15 Julai 2016 – Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Istana Nurul Iman (Sebelah Pagi selepas selesai Istiadat Perbarisan Kehormatan)

 iii) Hari Selasa, 14 Syawal 1437 / 19 Julai 2016 – Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong, Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong (Sebelah Pagi)

 iv) Hari Khamis, 16 Syawal 1437 / 21 Julai 2016 – Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong, Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar (Sebelah Pagi)

v) Hari Sabtu, 18 Syawal 1437 / 23 Julai 2016 – Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Belait, Padang Bandaran, Kuala Belait (Sebelah Pagi)


 vi) Hari Ahad, 19 Syawal 1437 / 24 Julai 2016 – Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan (Sebelah Pagi)

 
vii) Hari Khamis, 23 Syawal 1437 / 28 Julai 2016 – Majlis Khatam Al-Quran 70 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara, Istana Nurul Iman (Sebelah Petang)

 Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan serta ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun bagi tahun 2016.​

Year: 2016
  
07/05/2016

DSC_4494.JPG


DSC_4491.JPG


DSC_4490.JPG


DSC_4487.JPG

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengadakan Kursus Pemuliharaan Lebah Kelulut di Dewan Simpur, Pusat Urusniaga Hortikultur Rimba bermula pada 07hb. hingga 08hb. Mei 2016. Majlis perasmian kursus akan disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada 07hb. Mei 2016 jam 8.00 pagi. Seramai 65 orang peserta di kalangan pengusaha-pengusaha lebah kelulut dari keempat-empat buah daerah di Negara Brunei Darussalam akan mengikuti kursus ini. 

Kursus pemuliharaan lebah kelulut ini akan dikendalikan oleh Awang Abu Hassan bin Jalil, Pengetua Akademi Kelulut Malaysia yang mempunyai pengalaman selama lebih 35 tahun         di dalam pemeliharaan dan pengurusan lebah kelulut. Kursus selama 02 hari ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran pengusaha-pengusaha lebah kelulut tempatan khususnya di dalam perkara-perkara berkaitan pemuliharaan lebah kelulut. Di antara topik-topik utama kursus termasuklah dari segi jenis tanaman dan pokok-pokok sebagai sumber makanan lebah kelulut, tanaman lanskap untuk lebah dan kelulut, keperluan kelulut dan asas hortikultur.

Madu kelulut telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai salah satu produk yang berpotensi untuk ditingkatkan ke tahap yang lebih besar berdasarkan kepada permintaan oleh masyarakat. Selain daripada madu kelulut, produk-produk sampingan seperti sabun madu, scrub propolis dan krim tangan juga menjadi pilihan orang ramai. Melihat pada potensi tersebut, maka kursus-kursus sedemikian akan diadakan secara berterusan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam mempastikan pembangunan projek tersebut akan membuahkan hasil dan kejayaan. Bagi mengembangmajukan lagi industri ini, penternakan lebah kelulut akan dibangunkan secara lebih teratur di bawah program Satu Kampung Satu Produk (1K1P). Ianya selaras dengan hasrat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk meningkatkan lagi keberhasilan dan pencapaian projek-projek di bawah 1K1P yang mampu menyumbangkan pendapatan yang berterusan dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan secara berterusan mengadakan kursus-kursus peningkatan pengetahuan dan kemahiran bagi produk-produk yang dikenalpasti mempunyai potensi untuk dimajukan dalam sama-sama merealisasikan dan menjayakan program 1K1P di negara ini.

Year: 2016
  
30/04/2016

IMG_3185.JPG

IMG_3231.JPG

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2016, bertempat di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong.

 

Majlis adalah bertujuan bagi mengukukuhkan dan meningkatkan kesejahteraan keluarga dengan mewujudkan kesedaran dan mengiktiraf keluarga sebagai unit asas yang penting dalam membina masyarakat penyayang kearah keharmonian dan kesejahteraan Negara.

 

Institusi keluarga adalah penting untuk pembentukan sebuah masyarakat dan negara yang berintegrasi tinggi dan ianya diibaratkan tiang yang menjadi asas kepada sebuah rumah untuk berdiri megah. Institusi keluarga kukuh akan mampu melahirkan masyarakat yang sejahtera dan cemerlang, berdaya maju serta berdaya tahan.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalm Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna, Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong,

 

Majlis akan dimulai dengan Solat Maghrib Berjemaah, seterusnya membaca Surah Yassin dan Tahlil, Membaca Doa Khas Hari Keluarga Kebangsaan dan diikuti sembahyang Isya’ berjemaah..

 

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, Setiausaha Tetap; Yang Mulia Awang Haji Idris Haji Md. Ali, Timbalan Setiausaha Tetap; Yang Mulia Awang Mohd Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan; pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatannya.

Year: 2016
  
28/04/2016

IMG_2967.JPG

IMG_2956.JPG

Majlis sambutan sempena memperingati "World Day for Safety and Health at Work 2016" telah diadakan pada hari Khamis, 20 Rejab 1437H bersamaan dengan 28 April 2016M bertempat di Dewan Kuliah, Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah (PAPRSB), Institute of Health Sciences, Universiti Brunei Darussalam, UBD.

Tetamu Kehormat bagi Majlis itu ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis ini adalah salah satu inisiatif Jabatan Buruh dan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja bagi Perlaksanaan Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja, 2009 bagi memperingati "World Day for Safety and Health at Work 2016" dengan kerjasama Pejabat Keselamatan dan Kesihatan & Alam Sekitar (OSHE), Universiti Brunei Darussalam, UBD. Tema World Day for Safety and Health at Work pada tahun ini adalah Workplace Stress "A Collective Challenge".

Salah satu objektif majlis ini ialah untuk mendukung International Labour Organization (ILO) bagi memperingati "World Day for Safety and Health at Work" yang diadakan pada 28 April setiap tahun. Dengan adanya majlis sedemikian ianya dapat meningkatkan lagi kesedaran pekerja-pekerja terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.

 Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Awang Zulfadhli bin Haji Suhai, Pemeriksa Buruh Kanan. Seterusnya ialah ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis sambutan sempena memperingati "World Day for Safety and Health at Work 2016", Yang Mulia Haji Rani Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof, Pemangku Pesuruhjaya Buruh.

Taklimat Khas telah disampaikan oleh Mr. Clement Tan dari Syarikat Ken Knowledge International Private Limited, Singapore. Seterusnya Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri merasmikan pameran Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja terdiri daripada Syarikat Swasta dan Agensi Kerajaan yang terlibat. Majlis pada sesi pagi diakhiri dengan taklimat daripada Nur Syahirah Chua binti Md Firdaus Chua, wakil daripada Kementerian Kesihatan.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Yang Mulia Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Yang Mulia Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Kerajaan yang terlibat.

Year: 2016
  
25/04/2016

IMG_2805.JPG

IMG_2794.JPG

LAWATAN JAWATANKUASA TERTINGGI PEMANTAUAN PEMBACAAN AL-QURAN

BAGI MAJLIS KHATAM AL-QURAN 70 KALI KHATAM AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-70 TAHUN 1437H/2016M BAGI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

 

 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri petang tadi mengetuai rombongan Jawatankuasa Tertinggi Majlis Khatam Al-Quran 70 kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun 1437 Hijriah / 2016 Masehi bagi Majlis Pemantauan  Majlis Khatam Al-Quran 70 kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di Daerah Brunei dan Muara.

 

 

Majlis yang diadakan di di Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Mukim Gadong 'B' mengumpulkan para peserta seramai 70 pembaca terdiri daripada lelaki dewasa dan 70 wanita dewasa; 70 belia lelaki dan 70 belia perempuan; 135 kanak-kanak lelaki dan 135 kanak-kanak perempuan terpilih untuk mewakili Daerah Brunei dan Muara. Para peserta tersebut akan menghabiskan bacaan Al-Quran masing-masing sehingga 30 juzuk sebelum berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran 70 Kali Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 70 tahun.

 

 

Acara keugamaan sebegini merupakan manifestasi penghayatan terhadap konsep negara 'Melayu Islam Beraja' (MIB) sebagai sistem yang mengatur cara hidup di negara ini ke arah perpaduan yang kukuh serta kesejahteraan, keharmonian, keamanan dan ketenteraman bermasyarakat dan bernegara yang diredai Allah Subhanahu Wata'ala, menanamkan dan menyuburkan budaya membaca dan menghayati Al-Qur'an sebagai amalan hidup seharian serta menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya celik Al-Qur'an. Di samping itu, ianya adalah dihasratkan untuk menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini di atas limpah rahmat dan nikmat Allah Subhanahu Wata'ala yang menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan diikuti dengan membacakan doa khusus oleh Imam Masjid Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Mukim Gadong 'B bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri petang tadi mengetuai rombongan Jawatankuasa Tertinggi Majlis Khatam Al-Quran 70 kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun 1437 Hijriah / 2016 Masehi bagi Majlis Pemantauan  Majlis Khatam Al-Quran 70 kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di Daerah Brunei dan Muara.

 

 

Majlis yang diadakan di di Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Mukim Gadong 'B' mengumpulkan para peserta seramai 70 pembaca terdiri daripada lelaki dewasa dan 70 wanita dewasa; 70 belia lelaki dan 70 belia perempuan; 135 kanak-kanak lelaki dan 135 kanak-kanak perempuan terpilih untuk mewakili Daerah Brunei dan Muara. Para peserta tersebut akan menghabiskan bacaan Al-Quran masing-masing sehingga 30 juzuk sebelum berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran 70 Kali Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 70 tahun.

 

 

Acara keugamaan sebegini merupakan manifestasi penghayatan terhadap konsep negara 'Melayu Islam Beraja' (MIB) sebagai sistem yang mengatur cara hidup di negara ini ke arah perpaduan yang kukuh serta kesejahteraan, keharmonian, keamanan dan ketenteraman bermasyarakat dan bernegara yang diredai Allah Subhanahu Wata'ala, menanamkan dan menyuburkan budaya membaca dan menghayati Al-Qur'an sebagai amalan hidup seharian serta menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya celik Al-Qur'an. Di samping itu, ianya adalah dihasratkan untuk menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini di atas limpah rahmat dan nikmat Allah Subhanahu Wata'ala yang menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berada dalam keadaan aman dan sejahtera.Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala sebelum para peserta menyambung pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari juzuk ke-14.

 

 

Hadir sama pada Majlis Pelancaran Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Qur'an 70 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 70 tahun 1437 Hijriah / 2016 Masehi bagi Daerah Brunei dan Muara Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Seiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara; pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN); pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.

 

Year: 2016
  
25/04/2016

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.jpg


Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 April - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 bagi Tahun 2016.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menegaskan bukan kerana ekonomi global bermasalah maka kita bercakap mengenai pembaziran, sama ada ekonomi bermasalah ataupun tidak, pembaziran tetap wajib dielakkan.

"Pada setiap tahun jawatankuasa bersidang atau bermesyuarat tetapi jarang atau mungkin juga belum pernah lagi ahli-ahli membincang secara serius tentang pembaziran dan juga belum pernah kita mendapati adanya idea untuk mensederhanakan persiapan-persiapan sambutan," baginda bertitah pada Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-70 Tahun bagi Tahun 2016 berlangsung di Bilik Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri, di sini.

Dalam titah baginda menekankan bahawa selama ini jawatankuasa hanya tahu berbelanja dan mengumpul wang untuk perayaan dengan apa juga cara mengumpul itu kita akan lakukan termasuklah dengan cara mengutip atau mengadakan dana derma bagi membiayai perayaan sehingga pada suatu masa dulu kita sering menyaksikan Menteri atau lain-lain pegawai berkenaan menerima derma dari pelbagai pihak.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, ini sangatlah tidak menyenangkan walau bagaimanapun baginda terus memuji kemurahan para penderma, tetapi buat apalah mereka disusah-susahkan kerana perayaan, lainlah kalau mereka itu misalnya dipelawa untuk sama-sama meringankan beban rakyat yang susah itu lagi tetapi bukan diminta untuk menderma bagi mengadakan perayaan secara besar-besaran.

"Apa yang beta perhatikan apabila wang ada, ditambah lagi dengan adanya kemudahan untuk mendapatkan tajaan maka mulalah orang berbelanja sakan, gerbang-gerbang pun didirikan di sana sini dan gambar-gambar beta juga turut dipamer di merata tempat dengan pelbagai bentuk 'frame' termasuk dengan memakai 'frame-frame' iklan yang sedia ada. Tetapi gerbang bila-bila boleh dikurangkan tidak ada masalah atau kalau saiz gerbang yang dirancang sangat besar apa salahnya dikurangkan menjadi sederhana sahaja," titah baginda lagi.

Sedikit mengenai cara berbelanja sama ada oleh Jawatankuasa Kebangsaan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan atau Jawatankuasa Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan titah Kebawah DYMM, kedua-duanya itu perlulah lebih beringat-ingat kerana ada masanya habis sahaja perayaan jawatankuasa didapati belum menjelaskan sebahagian bayaran-bayaran dalam makna masih ada hutang tertunggak.

"Mengapa ini berlaku? Bukankah setiap jawatankuasa itu telah diberikan peruntukan-peruntukan khas apakah peruntukan itu tidak cukup?," titah baginda.

Pada hemat baginda, tidak patut berbangkit peruntukan tidak cukup, ini bukan projek membuat jalan raya atau membina jambatan atau bangunan, ini cuma setakat mengadakan sambutan, kita boleh anggar, bajet boleh diselaras untuk secukupnya, sebab itu tidak mesti boleh berbangkit peruntukan tidak cukup dan tidak sepatutnya jawatankuasa mempunyai hutang tertunggak selepas perayaan.

Hutang tertunggak itu pula ceritanya agak aneh titah baginda lagi, ia tidak akan dibayar kecuali mesti menunggu peruntukan baru bagi perayaan di tahun berikutnya dalam makna kalau dalam tahun 2016 berhutang maka tahun 2017 baru membayar dengan menggunakan peruntukan 2017 itu.

Baginda bertitah, ini ternyata sudah menyimpang seyogia perkara seperti ini janganlah ia dijadikan amalan.

Year: 2016
  
18/04/2016

IMG_2698.JPG


Gambar Delegasi Brunei Bersama PM Thailand.jpg

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menyertai ASEAN Arts & Crafts di bawah The ASEAN Cultural Expo 2016 yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 20hb. hingga 24hb. April 2016. The ASEAN Cultural Expo 2016 diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun "Rattanakosin City Under Royal Benevolence" kali       ke-234 yang juga diadakan di Bangkok, Thailand.

The ASEAN Cultural Expo 2016 diadakan untuk mempromosikan serta mengongsikan warisan budaya negara-negara ASEAN bagi meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk tempatan bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada komuniti ASEAN tersebut. Untuk mempamerkan kepelbagaian budaya negara-negara ASEAN tersebut maka sembilan (9) aktiviti-aktiviti yang berbeza yang akan diadakan termasuklah aktiviti ASEAN Arts & Crafts. Kementerian Kebudayaan, Thailand selaku penganjur telah menjemput seramai dua (2) orang peserta bagi mewakili negara masing-masing untuk menyertai pameran seni dan kraf serta membuat tunjuk ajar dan memperlihatkan kemahiran kraf masing-masing di ruang pameran expo tersebut.

Untuk itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menghantar dua (2) orang pengusaha kraftangan di bawah program Satu Kampung Satu Produk (1K1P) iaitu Awang Haji Sabli bin Haji Omar, pengusaha kraftangan pembuatan model 'miniature' perahu dan bot yang dihasilkan daripada kayu mewakili Majlis Perundingan Kampung Lumut I, Mukim Liang, Daerah Belait dan Dayang Asmah binti Alas, pengusaha anyaman bakul-bakulan yang diperbuat daripada rotan dan 'fiber' plastik mewakili Majlis Perundingan Kampung Bebuloh, Mukim Pengkalan Batu, Daerah Brunei dan Muara sebagai rombongan mewakili Majlis-Majlis Perundingan Kampung Negara Brunei Darussalam ke expo tersebut.

Penyertaan rombongan ini adalah juga sebagai usaha pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di dalam mempromosikan produk-produk di bawah program 1K1P Negara Brunei Darussalam yang dihasilkan oleh Majlis-Majlis Perundingan Kampung   di samping memberi pengiktirafan kepada daya kreativiti masyarakat di peringkat akar umbi. Kementerian ini berpendapat bahawa kedua-dua jenis kraftangan tersebut mampu menandingi kraftangan lain di kalangan negara-negara ASEAN dan ianya boleh dibanggakan serta dikongsikan bersama di dalam expo tersebut.

Year: 2016
  
09/04/2016


IMG_2446.JPGIMG_2269.JPG 

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri-  9 April 2016

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan Upacara Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Hari Ulang Tahun ke-56, bertempat di Padang Kawad, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong,  Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Ketibaan Tetamu Kehormat disambut oleh Yang Mulia Awang Yahya bin Hj Abd Rahman Pengarah Bomba dan Penyelamat seterusnya menerima tabik hormat Panglima.

 

Sejurus selepas itu Tetamu Kehormat memeriksa Perbarisan  Kawalan Kehormatan yang mengandungi seramai 60 orang Pegawai dan anggota diiringi oleh Yang Mulia Awang Yahya bin Hj Abd Rahman, Pengarah Bomba dan Penyelamat dan Tetamu kehormat juga menerima tabik hormat dari Perbarisan Kawalan Kehormatan dan seterusnya menyampaikan ucapan.

 

Juga hadir di upacara tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam,Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha-Setiausaha Tetap ,Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, para jemputan khas,Pegawai-Pegawai Kanan,Anggota serta Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat

 

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian penghargaan kepada 49 orang pegawai, anggota dan kakitangan contoh yang terdiri daripada 45 orang pegawai dan anggota manakala 4 orang dari kakitangan di Jabatan ini.

 

Manakala bagi Anugerah Balai Contoh 2015 – 2016 yangmana terdapat 4 sudut yang telah dibuat penilaian iaitu dari Sudut Operasi, Sudut Teknikal, Sudut Perancangan Latihan dan Sudut Pentadbiran dan Kewangan. Balai-balai Bomba tersebut adalah seperti berikut:-

 

Terbaik Sudut Operasi

  1. Balai Bomba SPARK
  2. Unit Operasi Wanita
  3. Balai Bomba Bandar Seri Begawan

     

    Terbaik Sudut Teknikal
  1. Balai Bomba SPARK
  2. Balai Bomba Beribi
  3. Unit Operasi Wanita

     

    Terbaik Sudut Perancangan Latihan
  1. Unit Operasi Wanita
  2. Balai Bomba Beribi
  3. Balai Bomba SPARK

     

    Terbaik Sudut Pentadbiran dan Kewangan
  1. Balai Bomba SPARK
  2. Unit Operasi Wanita
  3. Balai Bomba Berakas

     

     Terbaik dari KESELURUHAN SUDUT
  1. Balai Bomba SPARK

     

     

    Majlis tersebut juga diadakan antara lainya untuk memberikan penghargaan kepada semua peringkat anggota serta kakitangan  dalam sama-sama menjayakan acara-acara Jabatan, disamping memberikan anugerah kepada mereka yang berkenaan dalam menghargai jasa bakti, mengikut disiplin, mutu kerja dan produktif serta komitmen yang telah ditunjukkan dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Jabatan.

     

    Sebelum meninggalkan majlis Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong,  Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menandatangani lamabaran kenangan seterusnya bergambar ramai bersama-sama dengan Setiausaha Tetap serta Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pengarah Bomba dan Penyelamat, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Ulang tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-56 tahun.

     

    Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Guru Agama Jabatan Bomba dan Penyelamat,  Ustaz Haji Adanan bin Haji Ahmad.

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     
Year: 2016
  
01/03/2016

IMG_1542.JPG

IMG_1531.JPG

​Majlis Perbarisan Sempena Penubuhan Jabatan Penjara Kali ke 62, 2016

TUTONG,1 Mac - Jabatan  Penjara diseru supaya terus berusaha mengemaskini lagi program sedia ada dengan mempelbagaikan  dan meluaskan program pemulihan serta skop latihan kemahiran supaya lebih 'marketable' dan releven dengan keperluan tuntutan semasa.


Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,  Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menekankan bahawa Jabatan Penjara telah berjaya mewujudkan dan memperkenalkan program perkhidmatan seliaan atau 'Aftercare' khusus kepada bekas penghuni  yang memerlukan sokongan dan bantuan dalam proses mengintegrasikan semula ke dalam masyarakat khususnya daripada segi bantuan pekerjaan, bantuan perumahan, perkhidmatan kauseling, nasihat dan lain-lain.


Oleh itu, beliau menyarankan agar program seperti ini akan terus dipergiatkan  dan diperkukuhkan lagi dari masa kesemasa melalui kerjasama dengan pihak yang berkepentingan dan agensi-agensi yang berkenaan.


Menurut yang Berhormat Pehin, melaui progam pemulihan dan program 'Aftercare' ini, ia akan mengambarkan jalinan erat diantara Jabatan Penjara dan agensi-agensi Kerjaan lain,  swasta dan NGO yang mencerminkan proses pemulihan penghuni penjara memerlukan kerjasama erat dan sokongan padu semua pihak yang berkenaan.


Yang Berhormat Pehin berkata sedemilkan ketika menyampaikan ucapan selaku Tetamu Kehormat pada upacara  Perbarisan Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara Kali 62 Tahun di Padang​ Kawat, Pusat Latihan Jabatan Penjara, pagi tadi.


Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN). Haji Mohammad 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua dan Timbalan Ketua Jabatan,  Para Pegawai  Kanan KDN, Ketua-Ketua cawangan dari agensi-agensi Kerjaaan di Daerah Tutong, ahli-ahli Jaksa Pelawat Jabatan Penjara, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta jemputan lainnya.


Pada upacara perbarisan itu, Yang Berhormat Pehin turut menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada perkerja cemerlang Perkhidmatan Penjara Tahun 2015 kepada 10 orang penerima dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.


Para penerima terdiri daripada Ketua Pegawai Penjara.  Awang Nordin bin Haji Mohamad Hamidun, Penolong Kaunselor Penjara,  Dayang Noraliyah bte Haji Ahmad. Pegawai Penjara, Awang Abdul Razak bin Haji Sahat, Hajah Hadijah bte Abdullah. Ketua Wadar 234 Pengiran Dahri bin Pengiran Haji Abu Bakar, Sarjan 308 Haji Bahrin bin Haji Jumaat, Sajan 504 Asmah bte Sahat, Koperal 401 Anuar bin Haji Abdul  Wahabz, Wadar 542 Norazam bin Haji Matzain, dan Wadar Wanita 500 Siti Normala bte Embran.


Sebagai sebuah agensi yang melindungi masyarakat dengan menahan penghuni secara terkawal dan berperikemanusiaan, Jabatan Penjara juga berperanan menyediakan pelbagai program pemulihan yang sempurna agar para penghuni dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warga negara yang berguna dan bertanggungjawab.  


Year: 2016
  
06/10/2015

IMG_8839.JPG

IMG_8925.JPG 

BANDAR SERI BEGAWAN, 06 OKTOBER – Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan perjumpaan dengan Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean, Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara. Majlis tersebut berlangsung di Conference Room, The Empire Hotel and Country Club, Jerudong.

Perjumpaan ini menandakan persefahaman dan kerjasama yang erat di antara dua negara berjiran dan merupakan satu peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan maklumat dalam perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Sejurus selepas perjumpaan tersebut, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan rombongan diraikan dalam satu majlis jamuan makan tengahari yang dihoskan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam di The Royal Berkshire Hall, Jerudong Park dan Polo Club, Jerudong.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Senior Minister of State (Law; Finance), Puan Yang Terutama Indranee Rajah; Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam dan Director General, Ministry of Foreign Affairs, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

Juga hadir Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Tuan Yang Terutama Tuan Teo Chee Hean berada di negara ini bagi menghadiri Program Youth Leadership di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Year: 2015
  
05/10/2015

IMG_4239.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 05 OKTOBER - Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Md Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hadir di Sidang Media mengenai  Jerayawara APTK 2015 pada pagi ini bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Tujuan sidang media ini diadakan adalah untuk untuk memberigakan mengenai dengan Jerayawara APTK 2015 dan mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mendaftar secara online khususnya bagi pencari kerja tempatan dan majikan.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, melalui Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK), pada tahun ini akan mengadakan Jerayawara APTK 2015 di ke empat-empat daerah Seperti berikut:-

Daerah Belait

Tarikh: 10 Oktober 2015 (Sabtu)

 Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Lorong 14 Barat Penaga Bangunan Supa Save

Daerah Tutong

Tarikh: 17 Oktober 2015 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Block A Bangunan Petani Mall

Daerah Temburong

Tarikh: 21 Oktober 2015 (Rabu)

Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang

Tempat: Kompleks Bumiputra, Pekan Bangar

Daerah Brunei dan Muara

Tarikh: 25 Oktober 2015 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Airport Mall, Berakas

Antara objektif utama Jerayawara APTK 2015 di adakan ialah untuk memberigakan laman sesawang baru APTK, www.jobcentrebrunei.gov.bn kepada orang awam khususnya majikan di sektor swasta dan pencari kerja tempatan. Di samping itu, ianya diharapkan untuk menarik lebih ramai majikan mendaftar dan melaporkan kekosongan di dalam sistem ini untuk mengetengahkan anak-anak tempatan dalam mengisikan peluang-peluang pekerjaan.

Selain itu juga, ianya memberikan peluang kepada orang awam untuk menyesuaikan diri dengan tatacara pendaftaran, pengiklanan jawatan kosong, permohonan kerja dan permohonan perkhidmatan aptk secara online. Dalam pada masa yang sama, ianya memberi pendedahan kepada pencari-pencari kerja tempatan akan terdapatnya pelbagai jenis pekerjaan di sektor swasta untuk dimanfaatkan. Sebagai tambahan, ianya memberikan kemudahan kepada PKT dan majikan untuk lebih mengetahui akan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh APTK. Selain itu, ianya memberikan pengetahuan kepada majikan-majikan di sektor swasta mengenai kesedaran tentang pentingnya Perintah Pekerjaan 2009 sebagai undang-undang utama yang mengawal terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan di Negara Brunei Darussalam.

Jerayawara APTK 2015 ini akan menawarkan beberapa perkhidmatan seperti:-

  1. Pendaftaran pencari kerja tempatan secara online dan tatacara penggunaannya
  2. Pendaftaran majikan yang menawarkan jawatan kosong secara online dan tatacara penggunaannya
  3. Kaunter bimbingan kerjaya – tatacara membuat CV dan persediaan menghadiri temuduga
  4. Pemberigaan Perintah Pekerjaan 2009

Para majikan yang berminat untuk mengambil anak tempatan adalah dialu-alukan hadir semasa Jerayarawara APTK tersebut untuk mendaftar dengan hanya perlu membawa borang ROC (Register Of Company), form x atau lesen 16 & 17 serta lesen pengambilan pekerja asing di dalam bentuk "softcopy" jika ada.

Adalah disarankan, para pencari kerja tempatan yang ingin mendaftar hendaklah membawa gambar berukuran passport, kelulusan tertinggi, kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang berkaitan di dalam bentuk "softcopy" jika ada.

APTK juga menyediakan peralatan dan kemudahan seperti scanner, ipad, laptop dan internet bagi mereka yang tidak mempunyai pealatan dan kemudahan yang diperlukan.

Orang ramai adalah dialu-alukan hadir bagi membuat pendaftaran secara online khususnya pekerja tempatan dan majikan.

Year: 2015
  
03/10/2015

IMG_4062.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN 3 Oktober - Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, Sembahyang Hajat, Membaca Surah Yassin, Tahlil, dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Ke-45 bagi Tahun 1436/2015 bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifiddien, Bandar Seri Begawan. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sebagai mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien   Sa'adul  Khairi Waddien memajukan dan memodenkan Negara Brunei Darussalam, pada 4 Oktober 1970 Bandar Brunei ditukar nama kepada Bandar Seri Begawan. Sehubungan dengan itu Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan ini disambut setiap 4 Oktober. Pada tahun ini ianya disambut untuk kali yang ke-45 tahun.  Kawasan perbandaran Bandar Seri Begawan telah diperluaskan dari 1,287 hektar (12.87 kilometer persegi) kepada 10,036.24 hektar (100.36 kilometer persegi) mulai 1 Ogos 2007. Peluasan perbandaran ibu kota telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan telah diumumkan secara rasminya oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada 19 Julai 2007.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan seterusnya diikuti dengan Sembahyang Hajat, bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran diimamkan dan dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abd Hamid, Imam Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan; Ahli-Ahli Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pegawai dan Kakitangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung kawasan Bandar Seri Begawan.

Year: 2015
  
01/10/2015

IMG_3674.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Oktober - Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil Bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Ke-45 bagi Tahun 1436/2015  telah diadakan pada petang hari Khamis, 17 Zulhijjah 1436 bersamaan 1hb Oktober 2015 bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan. Bagi mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien memajukan dan memodenkan Negara Brunei Darussalam, pada 4 Oktober 1970 Bandar Brunei ditukar nama kepada Bandar Seri Begawan. Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan ini di sambut setiap 4 Oktober. Pada tahun ini ianya disambut untuk kali yang ke-45 tahun.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan; Ahli-Ahli Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan; Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pegawai dan Kakitangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung kawasan Bandar Seri Begawan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Faizal bin Janif@Rosli, Pegawai Hal Ehwal Masjid disusuli dengan bacaan Surah Yaasin dan diikuti bacaan Tahlil. Seramai kira-kira 150 orang telah menghadiri majlis ini.

Year: 2015
  
26/09/2015

IMG_2735.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPTEMBER - Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Ibadah Korban KHEDN sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi di Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis. Pada tahun ini, Majlis ini dikendalikan oleh Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Hj Hanafiah bin Hj Mahmud dan diikuti dengan Takbir Hari Raya Aidiladha seterusnya menunaikan Sembahyang Fardhu Asar.

Pengagihan daging-daging korban dimulakan dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan agihan daging korban kepada anak-anak yatim dan peserta-peserta korban. Yang Dimuliakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan agihan daging korban kepada fakir miskin. Setiausaha Tetap menyampaikan agihan daging korban kepada peserta korban dan warga Kementerian dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Majlis ini adalah kegiatan tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertujuan bagi menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam untuk dijadikan iktibar dan peringatan kepada kehidupan seharian. Ia juga adalah wadah untuk bersilaturrahim demi untuk meraih keredhaan dan keampunan daripada Allah Subhanahu Wataala.

Tahun ini sebanyak empat ekor kerbau telah dikorbankan dan diagihkan kepada seramai 28 orang peserta korban dan orang yang berhak menerimanya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Buruh, anak- anak yatim dan fakir miskin.

Year: 2015
  
06/09/2015

IMG_1881.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 September - Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang di acara kemuncak bagi Pesta Air Seri Tanjung 2015.

Pesta Air Seri Tanjung 2015 dianjurkan oleh MPK Sungai Bunga sebagai kesinambungan dari penganjuran sebelumnya, iaitu Pesta Tanjung Kindana yang antara lain bertujuan untuk memperkenalkan kampung tersebut sebagai salah sebuah destinasi pelancongan Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, ia juga memberi ruang dan peluang kepada penduduk di sana untuk membuka gerai jualan bagi menjual produk-produk kampung dan memeriahkan serta membarigakan musim cuti sekolah.

Year: 2015
  
05/09/2015

IMG_0570.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 September - Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadri selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya melancarkan Pusat Pelancongan dan Inap Desa Seri Tanjung dan Pesta Seri Tanjung 2015 bertempat di Kampung Sungai Bunga.

Ketua Kampung Sungai Matan yang juga memangku Ketua Kampung Sungai Bunga atau Tanjung Kindana, Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Zainal selaku pengerusi majlis dalam ucapan alu-aluannya antaranya menjelaskan, perasmian pusat tersebut adalah bagi memperkenalkan kampung itu sebagai pusat pelancongan, di samping mempertingkatkan perekonomian penduduk kampung.

Di majlis tersebut Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga menyaksikan demo produk dan mini gerai jualan.

Acara yang dianjurkan bersama dengan Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan MPK Kampung Sungai Bunga itu juga dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, tausyeh serta persembahan di air oleh penduduk kampung berkenaan. Sepanjang pesta tersebut, pelbagai kegiatan diadakan termasuk lumba perahu jumpung, labi-labi, lumba perahu tradisi, lumba motor sangkut 15 dan 30 kuasa kuda serta aktiviti lain yang berkonsepkan perekonomian, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan, kesukanan dan keagamaan.

Juga hadir ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta para penduduk kampung berkenaan.

Kampung Sungai Bunga atau Tanjung Kindana berpotensi menjadi salah sebuah destinasi tarikan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. Teletak 11 kilometer dari ibu negara, kampung di atas perairan dengan keramaian penduduk 780 orang itu kini melangkah setapak ke hadapan dengan menyediakan perkhidmatan iaitu Pusat Pelancongan dan Inap Desa Seri Tanjung.

Year: 2015
  
08/08/2015

IMG_5710.JPG

TUTONG, 8 OGOS - Daerah Tutong merupakan daerah pertama bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra Dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-69 Tahun 2015 yang akan diadakan bertempat di Kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Sebagai persiapan ke arah itu, latihan persembahan khas sedang rancak dijalankan dan hadir menyaksikan latihan persembahan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Ke-69 Tahun, yang membuat lawatan tinjauan awal bagi menyaksikan persiapan persembahan padang daripada rakyat dan penduduk Daerah Tutong.

Tujuan lawatan tinjauan tersebut diadakan adalah bagi meneliti secara lebih dekat lagi tentang latihan yang dijalankan khususnya bagi persediaan-persediaan menjunjung keberangkatan KDYMM ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan penduduk ke daerah ini.

Pada tahun ini, Daerah Tutong akan mempersembahkan satu persembahan yang bertenaga, ceria dan berwarna-warni dan lagi menarik dengan konsep persembahan yang baru dan berlainan bertemakan "Raja Berwawasan Negara Cemerlang". Persembahan ini merangkumi empat segmen meliputi penyertaan daripada penuntut-penuntut sekolah Rendah dan Menengah Daerah Tutong, para pegawai dan kakitangan kerajaan cawangan Daerah Tutong, Puak dan Masyarakat Tutong, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Kadet Tentera dan Polis serta Persatuan-Persatuan dan Badan-Badan bukan kerajaan seperti Bulan Sabit Merah, Pengakap, Pandu Puteri, Badan Kesenian dan Kebudayaan (B2K) dan Sukarelawan Daerah Tutong.

Segmen pertama persembahan mempamerkan masyarakat yang berpendidikan sebagai modal insan untuk melahirkan masyarakat yang mantap ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Segmen kedua mengambarkan sebuah masyarakat yang maju dan berdikari dalam meningkatkan perekonomian negara melalui aktiviti perekonomian sebagai sumber alternative selain minyak dan gas, seperti industri pertanian, perikanan, pelancongan dan bermacam-macam lagi.  Manakala, segmen ketiga mengetengahkan Belia dan Remaja Daerah Tutong sebagai Generasi Berwawasan yang aktif, dinamik dan berintegriti serta penglibatan mereka dalam pertubuhan dan persatuan, badan-badan beruniform dan  badan-badan sukarela di daerah ini. Segmen keempat merupakan 'Grand Finale' yang akan mengabungan semua peserta persembahan khas dengan keramaian peserta berjumlah 569 orang.

Turut hadir semasa lawatan tinjauan tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Timbalan Menteri Hal Ehwal dalam Negeri, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, Pegawai Daerah Tutong juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Ke-69 Tahun 2015 bagi Daerah Tutong.

Year: 2015
  
06/08/2015

IMG_5127.JPG

BANGAR, 06 OGOS – Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-69 Tahun telah membuat lawatan tinjauan bagi meneliti dan mengemaskini persediaan latihan awal Majlis Keberangkatan bertempat di Kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Temburong hari ini.

Lawatan tinjauan tersebut ialah bagi meneliti persediaan-persediaan latihan yang diungkayahkan di setiap daerah khususnya bagi menjunjung Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Bagi Majlis Ramah Mesra Dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat Dan Penduduk di Daerah Temburong.

Hadir sama ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Major Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Pegawai Daerah Temburong; ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 69 Tahun Bagi Daerah Temburong;  dan pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Temburong.

Persembahan Khas dengan tema 'Raja Masyhur Negara Makmur' berbentuk drama muzikal menggambarkan pencapaian kemajuan dan pembangunan negara dalam pelbagai aspek terutama pendidikan, keugamaan, sosio ekonomi dan pembangunan, sepanjang 47 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Persembahan Khas ini akan dipersembahkan oleh Pelajar Sekolah Persediaan Arab Temburong, Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, murid-murid sekolah rendah, ahli PKBN, ahli persatuan, pegawai dan kakitangan di jabatan kerajaan serta ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung.

Year: 2015
  
06/08/2015

IMG_5274.JPG

BANGAR, 06 OGOS – Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah telah membuat lawatan kerja ke Rumah Panjang Kampong Sumbiling, Mukim Amo untuk melihat perkembangan pembinaan rumah panjang tersebut.

2. Hadir di lawatan kerja tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Major Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Pegawai Daerah Temburong; pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Temburong.

LATARBELAKANG RUMAH PANJANG KAMPUNG SUMBILING, MUKIM AMO

  1. Peletakan tiang sari rumah panjang Kampong Sumbiling, Mukim Amo telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, di tapak lama Rumah Panjang Kampung Sumbiling Baru pada 23 Disember 2014.
  2. Rumah Panjang berkenaan mempunyai sembilan buah pintu.
     
  3. Kos Pembinaan ialah BND144,000 (Seratus Empat Puluh Empat Ribu Ringgit Brunei).
     
  4. Tarikh pembinaan rumah panjang baru ini dibina semula bermula 10 November 2014 oleh Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd. Tempoh pembinaannya selama 9 bulan dan tarikh dijangkan selesai pembinaan 10 Ogos 2015. 
     
  5. Rumah Panjang Kampong Sumbiling Baru yang dibina pada tahun 1983 telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku pada awal bulan 5 Julai 2013 yangmana sejumlah 16 buah pintu rumah telah hangus yang melibatkan 16 Ketua Keluarga dan para penghuni rumah panjang berkenaan kini ditempatkan sementara di Flat Kerajaan di bawah Kawalan Jabatan Daerah Temburong yang terletak di Pekan Bangar.
Year: 2015
  
03/08/2015

IMG_4477.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 03 AUGUST - The Minister of Home Affairs, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, received an official visit from a high-level delegation of the Ministry of Manpower from the Sultanate of Oman at the Ministry of Home Affairs.

The Sultanate of Oman delegation, led by Saleh bin Ayel Al Amri, Adviser to the Minister for Workforce Care, consisted of senior officials from the Omani Ministry of Manpower, Mr Abdullah Al Mullahi, Director of International Organisations and Foreign Relations, and Mr Salim bin Said Al Badi, Director General, Directorate General of Workforce Care.

The official visit, which began with an introductory exchange at the Department of Labour, Jalan Majlis Mesyuarat Negara was aimed at sharing and discussing good practices and experiences with regards to labour and employment laws. The delegation was briefed by the Department of Labour on the implementation of the Employment Order 2009, as well as the current foreign worker recruitment and protection practices in Brunei Darussalam.

Also present during the courtesy call were Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Deputy Minister of Home Affairs; His Excellency Sheikh Ahmed bin Hashel bin Rashed bin Hashel Al-Maskari, the Ambassador of the Sultanate of Oman in Brunei Darussalam; Haji Mohd 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, Permanent Secretary at the Ministry of Home Affairs; Haji Idris bin Haji Md. Ali, Deputy Permanent Secretary at the Ministry of Home Affairs and Haji Rani bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Hj Mohd Yusof, Acting Labour Commissioner.

Year: 2015
  
02/08/2015

DSC02112.JPG

REPUBLIK SINGAPURA, 02 OGOS - Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Encik Teo Chee Hean yang diadakan petang ini di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Pasir Ris - Punggol Republik Singapura.

Di Majlis tersebut Yang Berhormat Pehin dan Tuan Yang Terutama Timbalan Perdana Menteri berkesempatan berinteraksi serta beramah mesra dengan para hadirin yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin akar umbi dan penduduk di kawasan berkenaan. Majis tersebut juga turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Awang Saiful Bahri bin Haji Awang Mansor, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura.

Kehadiran Yang Berhormat Pehin adalah atas undangan pemimpin berkenaan dan sebagai manifestasi kepada hubungan akrab dan muhibah antara negara ini dan Republik berkenaan di pelbagai peringkat.

Year: 2015
  
01/08/2015

IMG_8518 (1).JPG 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS - Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 Tahun diadakan pada hari Sabtu, 15 Syawal 1436H bersamaan 1 Ogos 2015M, bertempat di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di upacara tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri  selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke- 69 Tahun.

Hadir sama di upacara tersebut Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Major Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-69 Tahun, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, pihak swasta dan para jemputan, orang ramai dan para pelancong juga tidak ketinggalan turut menyaksikan upacara tersebut.

Untuk mendapatkan keberkatan dan kesempurnaan upacara majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh. Seterusnya, pasukan seramai 69 orang Pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam bergerak masuk yang terdiri daripada Anggota-Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Penjara dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei. Kemudian Pasukan Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Anggota-Anggota Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei bergerak masuk dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei. Setelah itu, penerimaan dan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang berukuran 3.7m x 7.3m disempurnakan oleh Tetamu Kehormat untuk seterusnya dinaikkan dan dikibarkan.

Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dinyanyikan oleh Kumpulan Koir dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri  dengan diiringi oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei. Seterusnya diikuti oleh nyanyian Lagu “Bendera Negara” dan “Rahmat” oleh Kumpulan Koir tersebut.

Tetamu Kehormat seterusnya menyempurnakan penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam berukuran 1.8m x 3.7m dan Poster-Poster Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-69 Tahun kepada Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pegawai Daerah Belait, Pegawai Daerah Tutong dan Pegawai Daerah Temburong.

Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam untuk daerah-daerah lain juga diadakan sejurus selepas Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam di Bandar Seri Begawan. Tetamu Kehormat di Daerah Brunei dan Muara ialah Yang Mulia Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; di Daerah Belait ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohamed Nor Bin Haji Jeludin, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Yang Mulia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan di Daerah Tutong dan Yang Mulia Awang Haji Mohd ‘Abdoh Bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di Daerah Temburong. Seterusnya Tetamu-Tetamu Kehormat di daerah-daerah berkenaan menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim daerah masing-masing.

Dengan berkibarnya Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan bermulanya untuk mengibarkan bendera di seluruh negara.  Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini akan secara berterusan berkibar megah di Pusat Bandar Seri Begawan sehingga 31 Ogos 2015. Mulai 1 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 bagi Pengiran-Pengiran dan mereka yang dikurniakan gelaran dikehendaki menaikkan dan mengibarkan Bendera Peribadi masing-masing. Sementara itu, orang ramai hendaklah menaikkan dan mengibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam.

Penaikan dan Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam di seluruh negara sepanjang Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 Tahun di harap akan dapat meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam konteks kehidupan bernegara, berbangsa, berkerajaan, dan beraja. Ke arah ini, semua Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, semua Ahli Jawatankuasa dan pemimpin-pemimpin masyarakat, ketua-ketua keluarga dan pemimpin belia supaya akan dapat bersama-sama saling ingat-mengingati bagi memastikan perlaksanaan tanggungjawab setiap rakyat dan penduduk bagi pengibaran bendera Negara Brunei Darussalam pada tarikh yang telah ditetapkan termasuklah di bangunan-bangunan Kerajaan, premis-premis perniagaan dan perusahaan serta rumah-rumah kediaman dan persendirian serta di sepanjang jalan-jalan utama yang strategik.

Selaku rakyat dan penduduk negara ini termasuk belia-belia dan remaja-remaja, menaikkan dan mengibarkan Bendera Kebangsaan dengan sempurnanya adalah satu tanggungjawab. Ia juga satu peluang bagi menzahirkan cinta dan kasih, rasa tanggungjawab, komitmen serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan dan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Di samping itu ia juga satu manifestasi semangat patriotisme dan kenegaraan yang tinggi serta sokongan dan penyertaan kepada acara kenegaraan iaitu dalam sama-sama menghayati signifikan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-69 Tahun setiap tahun.

Year: 2015
1 - 30Next