Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatarbelakang APTK

Sebelum penubuhan Pusat Pekerjaan Tempatan (PPT), pengurusan pencari-pencari kerja telah dikendalikan di bawah Bahagian Perkhidmatan Pekerja Tempatan, Jabatan Buruh. Bahagian ini hanya tertumpu kepada pendaftaran pencari kerja dan pengiklanan jawatan kosong yang dimaklumkan oleh majikan sektor swasta.


Pertengahan ​​tahun 2007 

Satu mesyuarat khas telah bersetuju supaya satu Jawatankuasa Kerja "Taskforce" ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti keperluan penubuhan PPT.


Novem​​​​ber 2007

Beberapa Pegawai Kanan dari Jabatan Buruh telah mengadakan lawatan ke Ministry of Manpower, Singapura dan salah satu agensi adalah 'Workforce Development Agency' (WDA) sebagai panduan bagi mempelajari lebih mendalam fungsi dan peranannya.


April​ 2008

Jabatan Buruh telah membuat kajian, dan seterusnya Kertas Kerja mengenai cadangan penubuhan Pusat Pekerjaan yang merangkumi cadangan struktur dan fungsi Pusat Pekerjaan.


Ogos​ 2008

PPT telah  di tempatkan secara berasingan yang lebih strategik di Bekas Rumah Persinggahan Kerajaan, Bandar Seri Begawan.


5 Januari ​​2009

Mesyuarat Menangani Isu Pengangguran di Negara Brunei Darussalam telah bersidang buat kali pertamanya. Melalui Mesyuarat tersebut, salah satu daripada cadangan plan tindakan bagi menangani pengangguran di negara ini adalah menaiktarafan dan memperkesankan fungsi Pusat Pekerjaan.


13 A​​​pril 2010

Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pekerjaan Tempatan (PPT) di bawah Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kini telah dinaiktaraf sebagai salah satu Bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Wadaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.