Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksProgram Khas APTK

​​Titah

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan pembaikan keatas Skim Latihan dan Pekerjaan yang berjalan sekarang dengan pemberian insentif kewangan kepada anak-anak tempatan yang telah dilatih dengan kemahiran, asalkan mereka itu terus bekerja di sektor swasta."

Titah Baginda Sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-65 Tahun 13 Syabaan 1432 bersamaan 15 Julai 2011

Ringkasan Eksekutif

Program Khas Bagi Graduan Mencari Pekerjaan dan Program Khas Bagi Lepasan Sekolah Mencari Pekerjaan ini diperkenalkan untuk memperbaiki program penempatan yang telah dilaksanakan terdahulu, dan bagi Lepasan Sekolah untuk penambahan kepada skim di bawah projek pemulihan ekonomi, dengan memberikan latihan asas bekerja dan kemahiran yang lebih intensif.

Pendahuluan

Program Khas Bagi Graduan Mencari Pekerjaan dan Program Khas Bagi Lepasan Sekolah ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Objektif Skim Latihan dan Pekerjaan (SLP)

1. Memberi peluang anak-anak tempatan untuk diberikan kemahiran-kemahiran kerja yang bersesuaian bagi menyahut Wawasan Brunei 2035.                                
2. Memberikan anak-anak tempatan pengalaman bekerja, menjadikan mereka lebih employable dan mahu bekerja di sektor swasta secara tetap.                                
3. Mengajar mereka untuk bekerja lebih lama di syarikat yang sama dan diharap akan membantu menukar mindset yang melihat pekerjaan di sektor swasta sebagai sementara sahaja untuk menunggu pekerjaan di sektor Kerajaan                                
4. Membantu dalam mengurangkan jumlah pencari kerja tempatan berkelulusan rendah dan tiada kemahiran serta dapat mengurangkan jumlah pengangguran di Negara ini.                                 
5. Mengurangkan ketergantungan majikan kepada pekerja asing dan sebaliknya memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Langkah Perlaksanaan Program Khas

Langkah Perlaksanaan Skim Latihan dan Pekerjaan.png

Karnival Kerjaya

Mengandungi 4 aktiviti seperti berikut:

​1. Seminar Kerjaya
Seminar Kerjaya.jpg
​2. Pameran Kerjaya
Pameran Kerjaya.jpg
​3. Temu Duga Terbuka
Temu Duga Terbuka.jpg
​4. Klinik Kerjaya
Klinik Kerjaya.jpg

Tempoh Percubaan dan Latihan

  • Para pencari kerja yang terpilih untuk mengikuti program ini akan menjalani Tempoh Percubaan dan Latihan.
  • Surat perjanjian akan ditandatangani oleh majikan, peserta dan Agensi Pekerjaan dan Pembangunan Tenaga Kerja.
  • Peserta akan diberikan Latihan Asas dan/atau Latihan Pengkhususan mengikut jawatan yang diisikan, yang mana akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan.
  • Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja akan melaksanakan pemantauan ke atas majikan dan peserta sepanjang Tempoh Percubaan dan Latihan.
  • Pihak Kerajaan akan menyumbangkan sebahagian gaji kepada peserta manakala pihak majikan akan membayar gaji mengikut kesesuaian pengalaman, jawatan, kelulusan dan bidang tugas selama 6 bulan.​


​​Bekerja Tetap Secara Berkontrak

  • Kontrak / surat lantikan di tandatangani di antara  Majikan dan Peserta.
  • Bekerja secara berkontrak sekurangnya selama 2 tahun.
  • Pemantauan - Peserta, Majikan dan tempat / keadaan bekerja akan dipantau oleh pegawai APTK untuk memerhatikan perkembangan mereka.


Program Khas Graduan Mencari Pekerjaan


Objektif

  • Memberikan maklumat peluang pekerjaan di sektor swasta;
  • Memberikan latihan kemahiran yang ‘tailored made’ dengan keperluan majikan;
  • Memberikan penempatan ‘On the Job Training’ bagi pelbagai jenis pekerjaan;
  • Menggalakkan peralihan ‘mindset’ pencari-pencari kerja tempatan tempatan supaya bersikap positif dan cenderung memilih sektor swasta sebagai majikan;
  • Meningkatkan peranan sektor swasta sebagai penyumbang utama kepada mewujudkan peluang pekerjaan;
  • Meningkatkan kemahiran dan kebolehan anak-anak tempatan supaya lebih ‘marketable’, berdaya saing dan berdaya maju.

 

Syarat-syarat Program Khas bagi Graduan ;

Setiap peserta dikehendaki memenuhi syarat dan peraturan skim seperti berikut:-

  1. Peserta yang dipilih ialah pencari kerja yang mempunyai ijazah, diploma dan sijil teknikal dan vokasional dalam apa jua bidang, berwarganegara Brunei dan Penduduk Tetap yang berdaftar di Jabatan Buruh.
  2. Penempatan ini tertakhluk kepada keputusan temuduga dan pihak syarikat akan menetapkan tempat penempatan.
  3. Peserta yang dipilih hendaklah bersanggupan untuk menjalani penempatan di mana-mana tempat yang telah ditetapkan oleh Syarikat.
  4. Penempatan tertakluk kepada kesanggupan syarikat.
  5. Mana-mana peserta yang tidak mengikuti penempatan secara memuaskan melalui penilaian prestasi oleh jawatankuasa penilaian akan dikeluarkan daripada skim. Pemberian elaun tertakhluk kepada prestasi peserta.
  6. Syarikat-syarikat yang ikut serta dibenarkan mengambil peserta secara tetap mana-mana yang difikirkan layak diambil secara tetap walaupun tempoh penempatan belum selesai.
  7. Peserta dikehendaki mencatat kerja harian dan kemahiran yang diperolehi dalam 'Log Book' yang disediakan.
  8. Peserta hanya dibolehkan mengikuti Program ini sekali sahaja.​


 

Program Khas Bagi Lepasan Sekolah

Program Khas Bagi Lepasan Sekolah di dalamnya terdapat satu Sub-Program iaitu Skim Latihan Kemahiran.

Sub-Program ini adalah bertujuan untuk memberikan tenaga kerja yang terlatih dan berkemahiran dalam pelbagai bidang yang bersesuaian dengan kehendak pasaran, asas bekerja dan kefahaman berhubung budaya dan etika kerja, melalui seminar kerjaya dan pameran, latihan kemahiran dan penempatan dan seterusnya membantu dalam menggurangkan kadar penganguran di negara ini.

Sub-Program ini dikhususkan untuk lulus di peringkat 'O' level [sekurang-kurangnya mendapat 3 kerdit]; lulus di peringkat Penilaian Menengah Bawah [PMB] dan mempunyai kelulusan di bawah PMB, warganegara Brunei dan Penduduk Tetap yang berdaftar di Jabatan Buruh.

Sub-Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu tahun dan mengandungi empat peringkat iaitu mengadakan Seminar Kerjaya dan Pameran, Latihan Kemahiran, Penempatan dan Perjanjian serta kontrak pekerjaan. Sasaran peserta adalah sebanyak 1,000 hingga 2,300 orang setahun yang akan mengikuti Sub-Program ini.


Syarat-syarat Program Khas Bagi Lepasan Sekolah ;

Setiap peserta dikehendaki memenuhi syarat dan peraturan skim seperti berikut:-

Peserta yang dipilih ialah pencari kerja lepasan sekolah yang mempunyai kelulusan seperti berikut:

  1. Lulus di peringkat 'O' level [Sekurang-kurangnya mendapat 3 kredit]; Lulus di peringkat PMB; dan, Mempunyai kelulusan di bawah PMB berwarganegara Brunei dan Penduduk Tetap yang berdaftar di Jabatan Buruh.
  2. Latihan kemahiran ini tertakhluk kepada keputusan temuduga dan pihak penganjur akan menetapkan tempat latihan.
  3. Peserta yang dipilih hendaklah bersanggupan untuk menjalani latihan kemahiran di mana-mana tempat yang telah ditetapkan.
  4. Mana-mana peserta yang tidak mengikuti latihan kemahiran secara memuaskan melalui penilaian prestasi oleh jawatankuasa penilaian akan dikeluarkan daripada skim.
  5. Syarikat-syarikat yang ikut seta dibenarkan mengambil peserta secara tetap setelah selesai program latihan kemahiran.
  6. Peserta hanya dibolehkan mengikuti program ini sekali sahaja.


Syarat-Syarat Penyertaan Program Khas

  • Pemohon hendaklah berwarganegara Brunei Darussalam atau penduduk tetap.
  • Berdaftar di Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja sebagai pencari kerja.
  • Peserta yang terpilih hendaklah bersanggupan untuk menjalani tempoh percubaan (probation) selama 6 bulan.
  • Penempatan dan tempat bekerja tertakluk kepada keputusan temuduga.
  • Jika BERJAYA dalam temuduga bagi jawatan yang dipohonkan bermakna awda telah memasuki program ini.
  • Peserta hanya dibenarkan mengikuti program ini sekali sahaja.​​