Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Keselamatan dan Kesejahteraan​ (old)

​​Jabatan Imigresen & Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Penjara


​​​Hal Ehwal Imigresen

  • Menyelaras hal ehwal pasport, visa dan pas-pas kerja.
  • Memproses permohonan bagi mendapatkan permit masuk.
  • Menimbangkan permohonan-permohonan orang-orang asing untuk berkahwin dengan rakyat tempatan.

Hal​​​ Ehwal Pendaftaran Kebangsaan

  • Memproses permohonan taraf kerakyatan di bawah Bab-Bab tertentu dari Akta Pendaftaran Kebangsaan Brunei.
  • Memproses keputusan ujian Bahasa Melayu yang dihadapkan oleh Lembaga Bahasa Melayu bagi melayakkan pemohon-pemohon untuk mendapatkan taraf kerakyatan.
  • Meneliti rayuan mereka yang menuntut semula status kerakyatan di bawah Bab-Bab tertentu dari Akta Pendaftaran Kebangsaan Brunei setelah taraf kerakyatan mereka dibatalkan atau ditarik balik.

Hal Ehwal ​Keselamatan

  • Urusetia kepada Lembaga Penasihat Mengenai Orang-Orang Tahanan (Akta Keselamatan Dalam Negeri Penggal 133).
  • Menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Undang-Undang Jenayah (Tahanan Kerana Keselamatan Penggal 150).
  • Meneliti rayuan yang dihadapkan kepada Menteri menurut Akta Pertubuhan-Pertubuhan.

Hal Ehwa​​l Pen​​jara

  • Meneliti dan menilai keberkesanan program-program pemulihan penghuni-penghuni penjara.
  • Memproses rayuan penghuni-penghuni penjara untuk dibebaskan.
  • Memantau keselamatan institusi-institusi penjara.
  • Memproses sokongan perlantikan Jaksa Pelawat Penjara.

Jabatan Buruh, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan​


Hal Ehwal B​​​uruh

  • Menyelaras hal ehwal Jabatan Buruh yang berkaitan dengan hal ehwal perburuhan, pekerjaan, tenaga manusia dan perancangan termasuk cadangan pembaharuan perkhidmatan.
  • Memantau keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan penyediaan/penggubalan akta-akta atau perintah-perintah, dasar-dasar berhubung kait dengan hal ehwal perburuhan.
  • Menyelaras mesyuarat antarabangsa seperti:
    • ​ASEAN Labour Ministers Meeting (ALMM)
    • Senior Labour Officials Meeting (SLOM)
    • International Labour Organisation (ILO)
    • Asia Europe Ministers Meeting (ASEM)
    • Urusetia kepada Jawatankuasa Menangani Isu Pengangguran di Negara Brunei Darussalam.
    • Memantau keberkesanan Pusat Pekerjaan Tempatan.

Hal Ehwal Bom​ba dan Penyelamat dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan

  • Menyelaras hal ehwal Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berkaitan dengan kebombaan termasuk cadangan pembaharuan perkhidmatan.
  • Menyelaras  hal ehwal Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan yang berkaitan dengan pengurusan bencana.
  • Urusetia kepada Majlis Bencana Kebangsaan.​