Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan

​​Tugas dan Tanggungjawab

  • Menimbangkan permohonan dan mengawasi hal ehwal perlesenan hiburan awam (pertunjukan/pementasan/ pameran).
  • Menimbangkan permohonan bagi kutipan derma dan tajaan.
  • Menimbangkan permohonan untuk menerbitkan buku-buku, majalah dan bahan-bahan cetak dari luar dan dalam negeri.

Peruntukan Akta 

  • Akta Penapisan Gambar-Gambar, Filem dan Hiburan Orang Ramai (Penggal 69);
  • Akta Hiburan Awam (Penggal 181);
  • Akta Suratkhabar (Penggal 105);
  • Akta Terbitan-Terbitan Yang Tidak Diingini (Penggal 25)​

Penapisan Gambar-Gambar, Filem dan Hiburan Orang Ramai

Objektif Penapisan

  • Melindungi kepentingan Kerajaan dan masyarakat;
  • Pengaruh negatif;
  • Memelihara moral, Agama dan Adat Istiadat;
  • Memelihara nilai dan kualiti filem;


​​​​Akta Penapisan Gambar-Gambar, Filem dan Hiburan Orang Ramai

  • Penapisan dilaksanakan oleh Ahli-Ahli Panel Penapisan;
  • Lantikan Ahli-Ahli Panel ini dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dengan limpah kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi tempoh dua (2) tahun secara perwartaan; 
  • Lantikan keahlian terdiri dari bekas pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang pernah memegang jawatan-jawatan kanan;
  • Keahlian Ahli ditambah dengan lantikan wakil yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang masih dalam perkhidmatan kerajaan bagi mewakili Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kementeria Hal Ehwal Ugama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Pasukan Polis Diraja Brunei.
  • Setiap penapisan akan dikenakan bayaran sejumlah B$100.00