Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMenteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Menteri HEDN.jpg

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong


Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam


Yang Berhormat Pehin dilahirkan pada Tahun 1948.

Yang Berhormat Pehin memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Pelajaran pada tahun 1972, beliau diantara pelajar melayu yang pertama untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan mendapat ijazah sarjana muda,  B.A (Hons) daripada Universiti Malaya. Dua tahun kemudian, pada Tahun 1974 Beliau telah memperolehi Diploma In Education dari institusi pengajian tinggi di Singapura dan seterusnya pada tahun 1980 Yang Berhormat Pehin telah memperolehi ijazah sarjana dan di anugerahkan dengan ijazah sarjana Masters of Arts daripada University of Lancaster, United Kingdom.

Sepanjang perkhidmatan Yang Berhormat Pehin dalam berbakti kepada raja dan negara ini, beberapa jawatan penting yang telah dijawat beliau atas Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah seperti jawatan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri (1986-1991) dan Setiausaha Tetap (Professional) Kementerian Pendidikan (2000-2002). Sejak tahun 2002 hingga sekarang, Yang Berhormat Pehin seterusnya telah diamanahkan untuk memegang beberapa jawatan Menteri iaitu Menteri Kesihatan (2002-2005), Menteri Perhubungan (2005-2010), Menteri Pendidikan (2010-2015) dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang mana bermula dari tahun 2015.

Di dalam tempoh kerjaya beliau, Yang Berhormat Pehin telah dianugerahkan beberapa penghargaan di atas pencapaian-pencapaian beliau di dalam dan di luar negara seperti:

Gelaran

  • 1996: Disampiri gelaran “Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja” 
  • 2004: Dinaikkan pangkat gelaran kepada “Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Kerna”

Bintang/Pingat

  • 1982: Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.)
  • 1987: Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) 
  • 1989: Darjah Seri Paduka Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J.)
  • 1992: Pingat Jubli Perak
  • 1996: Pingat Kerja Lama (P.K.L.) 
  • 2002: Darjah Setia Negara Brunei Kelas Pertama (P.S.N.B.)
  • 2002: Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Kelas Pertama (P.H.B.S.)
  • 2006: Bintang Kebesaran Ukarine
  • 2013: Bintang Kebesaran Netherland

Anugerah (Awards)

  • 1984: Highest Awards of Soka, University Jepun
  • 1998: Honorary Doctorate of Soka, University Jepun
  • 1999: Ijazah Doktor Kehormat Doktor Pendidikan, Universiti Malaya
  • 2007: Ijazah Doktor Kehormat Persuratan, Universiti Brunei Darussalam
  • 2012: Lee Kuan Yew Fellowship Award
  • 2013: Ijazah Doktor Kehormat Pendidikan, Open University Malaysia
  • 2015: Nanyang Technological University Distinguished Alumni Award

Selain dari itu Yang Berhormat Pehin juga merupakan ahli kepada beberapa lembaga dalam kerajan dan juga agensi-agensi bukan kerajaan seperti:

  • Sejak Ogos 2008: Pengerusi, Lembaga Pengarah Agensi Pelaburan Brunei
  • Sejak Januari 2014: Timbalan Pengerusi II, Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
  • Sejak April 1997: Ahli, Majlis Ugama Islam
  • Sejak May 2014: Timbalan Pengerusi I, Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim
  • Sejak Mac 2009: Ahli, International Advisory Council of The Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom
  • Sejak Mac 2014: Ahli, Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees), Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom​