Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenapisan Buku, Majalah dan Suratkhabar​​​

Ob​​jektif

​Untuk memastikan bahan-bahan terbitan tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak diingini dan yang bercanggah dengan adat istiadat, tatasusila, ugama dan moral yang boleh mempengaruhi, mengelirukan fikiran orang ramai serta memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan negara dan rakyat Negara Brunei Darussalam.

Kawalan​​ Perundangan

Tertakluk kepada Akta Terbitan-terbitan Yang Tidak Diingini (Penggal 25) berkuatkuasa sejak Januari 1982.

Pegaw​​ai-Pegawai Yang Diberi Kuasa Menguatkuasakan Akta Terbitan-Terbitan Yang Tidak Diingini
di bawah Bab 10(2)

  • ​Pegawal Kastam dan Eksais Diraja 
  • Pesuruhjaya Polis
  • Pengarah Keselamatan Dalam Negeri
  • Ketua Pos Agung
  • Unit Penapisan Terbitan-Terbitan Yang Tidak Diingini, Pusat Dakwah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama

Hukuman-H​ukuman

  • ​​​​​​Bagi pembawa masuk, pencetak, pengedar dan penyelia bahan-bahan terbitan yang ditegah, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara 3 tahun dan denda B$3,000 bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan berikutnya, denda B$5,000 dan penjara 4 tahun dikenakan.​
  • ​​Bagi pemilik bahan-bahan tersebut, jika sabit kesalahan, dikenakan penjara 1 tahun atau B$2,000 bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan berikutnya, denda B$3,000 dan penjara 2 tahun dikenakan.

​Garis Panduan Pemeriksaan/Penapisan Buku dan Majalah​

  • ​​Tidak boleh mengandungi bahan-bahan pornografik, lucah – dari segi perkataan, perbuatan, pembacaan – atau gambar-gambar yang boleh mempengaruhi fikiran dan menimbulkan imaginasi seseorang.
  • Tidak boleh mengandungi bahan-bahan yang bercanggah dengan ajaran-ajaran ugama Islam seperti Jemaah Al-Arqam dan buku-buku ugama yang lain selain daripada ugama Islam.
  • Tidak boleh mengandungi gambar-gambar wanita yang menghairahkan, berbogel dan artikel-artikel yang tidak bermaruah, lucah dan bertentangan dengan fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
  • Tidak boleh mengandungi maklumat-maklumat yang tidak yang tidak berasas dan tidak benar yang boleh menjejaskan imej Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta ahli-ahli Kerabat Diraja dan juga Kerajaan Baginda dan yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai, menjejaskan keamanan dan kestabilan negara.
  • Tidak boleh menyebarkan fahaman-fahaman atau ideologi komunis.
  • Tidak boleh mendewa-dewakan kekerasan atau keganasan dan mempengaruhi para pembaca untuk melakukan jenayah.
  • Tidak boleh mengandungi artikel-artikel yang boleh mempengaruhi dan menggalakkan orang ramai supaya terlibat dalam kegiatan-kegiatan pengedaran atau pengambilan dadah dan perjudian.​​