Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenapisan Gambar-Gambar, Filem dan Hiburan Orang Ramai

​Objektif

​Untuk melindungi kepentingan kerajaan dan masyarakat daripada pengaruh negatif yang bertentangan dengan moral, agama dan adat istiadat dan mempertimbangkan kualiti filem.

Ahli-Ahli Panel dan Tugas

Ahli-Ahli Panel terdiri daripada rakyat Brunei dilantik oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dengan limpah kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ahli-ahli panel terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang pernah memegang jawatan-jawatan kanan. Ahli-ahli panel mewakili Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Garis Panduan Penapisan Filem dan Hiburan Orang Ramai

​Ideologi Politik

  1. Tidak mengandungi propaganda ideologi bertentangan dengan prinsip Melayu Islam Beraja (MIB)
  2. Tidak mengandungi ajaran, pemujaan dan lain-lain yang mirip kepada kesesatan
  3. Tidak boleh menjejas suasana politik dalam negara dan imej serta dasar luar negara
  4. Tidak boleh merangsang ketegangan sosial
  5. Tidak boleh membantutkan ketahanan nasional dan jati diri

Keagamaan

  1. Tidak boleh memberi kesan anti-tuhan dan anti-ugama dalam segi bentuk dan manifestasinya.
  2. Tidak boleh merosakkan kerukunan umat berugama.
  3. Tidak mengandungi penghinaan terhadap ugama.
  4. Tidak mengandungi perkara-perkara yang menyentuh kesucian agama Islam.
  5. Tidak bercanggah dengan pegangan mazhab-mazhab yang muktabar.
  6. Tidak mengandungi unsur-unsur khurafat seperti memuja-muja pantai, kubur dan keramat.
  7. Tidak menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam.
  8. Tidak menyalahi fakta-fakta sejarah.

Sosio-Budaya

  1. Tidak sesuai, merosak dan membahayakan norma-norma kesopanan dan nilai-nilai murni masyarakat.
  2. Tidak boleh merosakkan akhlak serta budi pekerti masyarakat Brunei.
  3. Tidak boleh mempengaruhi simpati penonton ke arah melakukan perbuatan yang tidak bermoral, songsang dan jahat.
  4. Tidak memberi perangsang dan pengalaman kepada perkembangan budaya kuning dan gejala-gejala asing yang lain.

Peradaban dan Ketatasusilan

  1. Tidak boleh memperlihatkan kejahatan melalui modus operandi kejahatan secara terperinci dan mudah menimbulkan rangsangan untuk meniru.
  2. Tidak boleh menjadi dorongan untuk bersimpati terhadap pelaku kejahatan dan perbuatan jahat.
  3. Tidak boleh menunjukkan kemenangan kejahatan ke atas keadilan dan kebenaran.
  4. Tidak boleh memperlihatkan kekejaman dan kekasaran dan/atau keganasan yang keterlaluan.
  5. Tidak boleh menitikberatkan kepada seks.
  6. Tidak boleh menggambarkan dan membenarkan penyalahgunaan dadah dan ubat-ubat psikotropik yang terlarang.
  7. Tidak boleh mengandungi hasutan untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan.​