Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerintah Establismen Kecantikan dan Kesihatan (2016)

  1. ​​​Perintah Establishmen Kecantikan dan Kesihatan, 2016 mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.  Pihak Berkuasa Melesen ialah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertanggungjawab bagi penyeliaan am dan melaksanakan dan mentadbir Perintah Establishmen Kecantikan dan Kesihatan, 2016 ini.  Sebanyak 12 perkhidmatan dan kemudahan Establishmen Kecantikan dan Kesihatan (EKK) yang terkandung di dalam Perintah ini, iaitu:-

    1. Aerobik
    2. Aromaterapi
    3. Tukang gunting rambut
    4. Melangsingkan badan
    5. Kosmetik
    6. Rawatan muka dan badan
    7. Gimnasium
    8. Salun rambut
    9. Merias kuku tangan dan kaki
    10. Urut
    11. Refleksologi
    12. ​ Spa, termasuk kolam air panas atau sejuk ​

  2. Tatacara memohon: Semua perniagaan boleh dimulakan setelah berdaftar dengan Bahagian Pendaftar Nama-Nama Perniagaan dan Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat (ROCBN), Kementerian Kewangan dan Lesen Establishmen Kecantikan dan Kesihatan dikeluarkan. Bagaimanapun, aktiviti perniagaan hendaklah mematuhi “Syarat dan Peraturan Mengendalikan Establismen Kecantikan dan Kesihatan, Negara Brunei Darussalam” yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta syarat dan peraturan yang dikenakan oleh pihak agensi penguatkuasa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Jika didapati perniagaan yang dijalankan itu gagal mematuhi, maka lesen EKK yang dikeluarkan akan digantung atau ditarikbalik oleh pihak Berkuasa Melesen.

  3. Permohonan Lesen : setiap pengusaha EKK bolehlah membuat permohonan mendapatkan Lesen EKK di :

  4. LESEN BARU:

    Kaunter Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di ROCBN, MOF, Commonwealth Drive.

    MEMBAHARUI LESEN EKK:

    ​Tingkat 1, Bangunan Design dan Teknologi,​Simpang 32-37, Kampong Anggerek Desa. Anggerek Desa Technology Park.​

    Kaunter Business Facilitation Centre (BFC) di Ibu Pejabat Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

    Kaunter Business Facilitation Centre (BFC) di Ibu Pejabat Jabatan Daerah Tutong.

    Kaunter Business Facilitation Centre (BFC) di Ibu Pejabat Jabatan Daerah Temburong.
    ​​​​

  5. ​Tempoh Lesen EKK: Sah bagi tempoh 3 tahun dari tarikh lesen dikeluarkan dengan bayaran lesen sebanyak $ 300.00. Bayaran pentadbiran akan dikenakan sebanyak $2.00. Jika Lesen EKK hilang atau rosak, lesen gantian akan dikenakan sebanyak $ 10.00.

  6. ​​​​Penilaian Establismen Kecantikan dan Kesihatan (PEKKa) merupakan borang yang akan digunakan oleh Pegawai yang diberi kuasa di bawah Perintah ini semasa menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke premis-premis EKK.​

  7. Sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai EKK ini, pengusaha dan pemilik perniagaan serta orang ramai bolehlah menghubungi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
    • ​​​Kaunter Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di ROCBN, Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive.
    • Business Support Centre, Tingkat 1, Bangunan Design dan Teknologi, Simpang 32-37, Kampong Anggerek Desa, Anggerek Desa Technology Park.  Talian hotline ialah +673 8363442 atau emel kepada dare@ei.gov.bn.
    • Laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (www.moha.gov.bn)​

    ​Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai EKK:​​​