Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPermohonan Hiburan Awam

  1. ​​​Perintah Darurat (Hiburan Awam) 1997 berkuatkuasa pada 1 Jun 1997. Ianya bertujuan bagi mengawal aktiviti-aktiviti di tempat-tempat hiburan orang ramai dan membolehkan pihak-pihak berwajib, iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah untuk melesenkan tempat-tempat hiburan bagi maksud pengawalan. Hiburan Awam yang dikawal adalah meliputi hiburan-hiburan di mana orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai dapat masuk sama ada secara percuma atau dikenakan bayaran.
  2. Definasi 'Hiburan Awam' termasuklah persembahan musik, nyanyian dan tarian, pameran filem, pameran perdagangan, sarkas dan seumpamanya seperti yang terkandung dalam Bab 2, Perintah Darurat (Hiburan Awam) 1997.
  3. Hiburan Awam yang tidak termasuk dalam Kawalan Perintah Darurat (Hiburan Awam) 1997 ialah:
    • Hiburan Awam yang diadakan oleh Kerajaan atau manamana Jabatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang dibubuhkan di bawah sebarang Undang-Undang bertulis berkenaan dengan Kerajaan Tempatan (kuasa-kuasa tempatan);
    • Istiadat, upacara, perayaan Keugamaan di dalam bangunan;
    • Mesyuarat-mesyuarat syarikat awam, dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan, pemilik berdaftar atau pertubuhan yang dihadiri oleh ahli-ahli berdaftar atau pemegang saham sahaja.
  4. Tiada sebarang Hiburan Awam boleh diadakan kecuali di suatu tempat yang dibenarkan atau menurut surat lesen yang dikeluarkan oleh Pegawai Melesen. Mana-mana orang yang mengadakan atau membantu mengadakan sebarang Hiburan Awam yang dikawal di bawah Perintah Darurat (Hiburan Awam) 1997 tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa Melesen Hiburan Awam jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi $10,000.00 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan-kesalahan kedua atau berikutnya, dikenakan dua kali hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu dan hukuman penjara tidak melebihi dari dua tahun penjara.
  5. Di bawah kuasa yang diberikan kepadanya dalam Bab 13(1) Perintah Darurat (Hiburan Awam) 1997, Pegawai Melesen boleh atas budi bicaranya menolak sebarang permohonan untuk mendapatkan suatu lesen.​

Tatacara Permohonan Bagi Mendapatkan Lesen Hiburan Awam​​

  1. Permohonan bagi mendapatkan Lesen Hiburan Awam hendaklah menggunakan Borang Permohonan Lesen Hiburan Awam​. Satu set borang berharga $5.00.
  2. Borang-borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah mengikut kategori Hiburan Awam yang dipohonkan.
  3. Permohonan mendapatkan Lesen Hiburan Awam diproses oleh pihak Berkuasa Melesen seperti berikut:-
    • Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri – bagi Hiburan Awam berkala (Seasonal Entertainment) seperti "Konsert".
    • Pengerusi-Pengerusi Lembaga Bandaran sebagai Pegawai Melesen bagi Hiburan Awam yang dilakukan secara berterusan (Annually) di bangunan-bangunan dan kedai-kedai di kawasan Lembaga Bandaran.
    • Pegawai-Pegawai Daerah sebagai Pegawai Melesen bagi Hiburan Awam yang dilakukan secara berterusan (Annually) di bangunan-bangunan dan kedai-kedai di luar kawasan Lembaga Bandaran.
  4. Permohonan bagi mendapatkan Lesen Hiburan Awam (Konsert) di bawah kuasa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hendaklah dihadapkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh persembahan diadakan.​

BIL.

JENIS HIBURAN DAN BAYARAN LESEN

1.

PERSEMBAHAN


Muzik, nyanyian, karaoke, tarian, lakonan, opera, pantomin, lakonan aneka ragam, gimnastik, akr​​​obat, tablo dan ledgemain.


7 hari pertama = B$100.00
7 hari kedua = B$75.00
7 hari ketiga = B$50.00
7 hari keempat = B$25.00

2.

PAMERAN DAN PERTUNJUKAN

2.1

Pertunjukan bunga api, alatan set, perhiasan peringatan dan gambaran makhluk benar atau khayalan.

Tanpa bayaran masuk = B$50.00
Dengan bayaran masuk = B$100.00

2.2

Sarkas dan pameran binatang atau manusia.

7 hari pertama = B$200.00
7 hari kedua = B$150.00
7 hari ketiga = B$100.00
7 hari keempat = B$50.00

2.3

Taman hiburan dan pesta keraiaan.

Tanpa bayaran masuk = B$100.00 setahun

Dengan bayaran masuk:-
7 hari pertama = B$200.00
7 hari kedua = B$150.00
7 hari ketiga = B$100.00
7 hari keempat = B$50.00

2.4

Pameran model, bahan bacaan, gambar, fotograf atau patung atau bentuk-bentuk lain, gambaran potongan badan manusia atau binatang.

Tanpa bayaran masuk = B$50.00 untuk satu pertunjukan
Dengan bayaran masuk = B$100.00 untuk satu pertunjukan

2.5

Pameran filem. 

7 hari pertama = B$100.00
7 hari kedua = B$75.00
7 hari ketiga = B$50.00
7 hari keempat = B$25.00

2.6

Pengeluaran semula atau penyiaran melainkan yang berkaitan dengan filem, dengan sebarang cara selain daripada telefoni atau telefoni radio, atau sebarang muzik, lagu atau ucapan.

7 hari pertama = B$100.00
7 hari kedua = B$75.00
7 hari ketiga = B$50.00
7 hari keempat = B$25.00
Pusat muzik = B$100.00

2.7

Mesin peranti yang jika dimanipulsi memberikan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah dalam bentuk wang atau barang.

7 hari pertama = B$100.00
7 hari kedua = B$75.00
7 hari ketiga = B$50.00
7 hari keempat = B$25.00

2.8

Meja-pin dan permainan video.

Permainan elektronik = B$100.00
(untuk sebuah mesin)
Permainan video = B$100.00
(untuk sebuah mesin)

3.

PERTANDINGAN​​ DAN PERADUAN

3.1

Sebarang jenis pertandingan sukan antara sebarang jumlah orang atau binatang, selain daripada yang dianjurkan oleh sebarang pertubuhan, kesatuan sekerja, syarikat atau persatuan berdaftar.

7 hari pertama = B$100.00
7 hari kedua = B$75.00
7 hari ketiga = B$50.00
7 hari keempat = B$25.00

Bowling (B$20.00 untuk satu lorong).
Snooker/Billard (B$20.00 untuk sebuah meja).

3.2

Pertandingan berancang bagi permainan kemahiran.

Taman permainan kanak-kanak B$10.00 untuk sebuah mesin.

3.3

Drama bacaan, deklamasi, kuliah, ceramah, ucapan, perbahasan dan perbincangan.

Percuma.

4.

KHAIRAT​​


Pembahagian khairat, lelong, dan penjualan barang-barang untuk tujuan kebajikan atau khairat, pesta dan jamuan di luar rumah.

Percuma.

5.

PAMERAN PERDAG​​​​​​​​​ANGAN


Pameran yang mengandungi pertunjukan, iklan atau penjualan barangan hasil industri.

Satu pameran:
7 hari pertama = B$100.00
7 hari kedua = B$75.00
7 hari ketiga = B$50.00
7 hari keempat = B$25.00

Seorang pempamer:
7 hari pertama = B$50.00
7 hari kedua = B$25.00
7 hari ketiga = B$10.00​


Muat turun Borang Permohonan Akta Hiburan Awam (Penggal 181).pdf
Download Form of Application Public Entertainment Act (Chapter 181).pdf